ANTARA SERIGALA DAN HARIMAU


"Liverpool menang akhirnya"...Aku harap tak sebut macam ni lagi,

Aku nak sentiasa sebut pada tiap hari isnin

"Liverpool menang lagi!!"

perlawanan seterusnya adalah menentang Aston Villa Angerik

JADI!

Aku harap harap benitez dah abis buat experiment...




Gerrad perlu terus menjadi penyerang kedua dibelakang Tores kalau nak menang selalu macam sabtu lepas la......



soal menggerakan serangan kita dah ada Aqualani yang agak meyakinkan



Aku nampak satu tekanan pada Lucas,
Dia cuba buktikan sesuatu pada Aqualani, permainan Aqualani agak mirip seperti Lucas rupanya,  patut lah Lucas lebih takutkan kehadiran Aqualani berbanding Mecharano.



Bahkan Aqualani lebih bagus dari segala segi, Patutlah Lucas bermain agak baik semalam walaupun masih tak cukup bagus pada aku la...


apa pun ianya bagus untuk Liverpool! Semoga si Lucas tu bekerja lebih keras lagi untuk jadi teror!

TAPI!!

Kita dah mengalahkan Serigala tapi Setan Merah dah kalahkan Harimau!!!

Jadi Liverpool mesti jadi lebih kuat!!

KUAT!

dan

KUAT!!!!!!!







ANTARA 7 AJAIBAN LIVERPOOL


segalanya bermula disini...

Magnificent 7

Liverpool telah kalah pada pasukan tercorot liga semalam...


Murung nampakkk....

Secara jelas peluang Liverpool telah pun tamat untuk memenangi liga untuk tahun ni, walaupun aku penyokong Liverpool itu yang amat jelas sekarang KECUALI

TERAJANG KELUAR  BENITEZ YANG BONGOK ITU DENGAN TAKTIK TAKTIK BONGOKNYA ITU  BERAMBUS DARI LIVERPOOL

Aku berkata begini kerana selagi kita mempunyai pengurus bebal seperti Benitez selagi itulah Liverpool akan gagal...aku rasa memang niat hati benitez untuk dipecat supaya dapat habuan 20 juta dan bawak balik ke Sepanyol...

sangat tidak menyeronokan mempunyai pengurus yang tak mesra penguna macam dia ni..




mari kita lihat senarai kebongokanya semalam

1. Aku rasa dia akan simpan Aqualani sehingga tamat liga dengan alasan menjaga aqualani dari sebarang kecederaan !! Aku rasa Aqualani sekarang mungkin tengah befikir dan kehairanan "Ingat aku ni barang antik ker! beli mahal tapi tak leh pakai simpan buat perhiasan jer!!"

2. Player yang bermain bagus tidak akan diturunkan untuk perlawanan seterusnya!! SHIT!!! Ini yang terjadi pada Aurelio, Benayoun dan Ngog! Aku tak tau apa alasanya, tapi kalaulah alasanya adalah untuk merehatkan player ini, aku rasa dia memang selayaknya jadi pembantu jurulatih wolves Mick McCarthy  yang merehatkan 10 player utama ketika bertemu SETAN MERAH minggu lepas!

3. Tidak pernah menurukan first 11 untuk line up utama seperti semalam mesti ada rongak mana mana, Liverpool bermain dengan Dosena yang dah 10 tahun tak jejak kaki kat atas padang sedangkan kebanyakan player liverpool sihat walafiat, dan ternyata percaturan tu memang bongok Dosena memang serba tak kena




      4. Membiarkan Tores berseorangan menyerang, kesian sungguh aku tengok Toress, lagi lama dia bersama Liverpool dengan perancangan Bodoh benitez dengan singgle strikernya itu akan merosakan kaki tores lambat laun!! Aku rasa mungkin Nelsteroy pikir dua tiga kali nak masuk liverpool ni nanti he he!


       Kenapa kebanyakan pengurus menggunakan 2 orang penyerang?
Satu kerana memudahkan untuk pasukan mencari gol
Satu lagi adalah sebagai Decoid( betul ker ejaan aku ni?) untuk mengalih tumpuaan pada penyerang utama... jadi meletakan Tores keseorangan sebagai penyerang hanya menyukarkan liverpool sahaja , kecualilah kita punya pemain tengah yang mempunyai rembatan tepat jarak jauh seperti Alonso, masalahnya sekarang kita cuma ada LUCAS yang tendanganya sangat lembik dan pendek, sependek akalnya!!



5. Sering masukan player hanya saat saat akhir purata minit 70 keatas! untung untung minit ke 80 baru masuk player baru... Kalau game ok tak per, kadang kadang player dah main macam budak sekolah menengah tapi kene tunggu minit ke 70 jugak... berdosa dan masuk neraka kot kalau tukar awal awal!!!


6. Kebiasaanya bila pasukan tertinggal gol...pengurus akan memasukan penyerang... tapi Benitez sangat kreatif akan memasukan pemaian pertahanan!

7. Dan yang paling best game semalam Lucas di keluarkan, bukan pasal main tak bagus tapi nak mengelak Lucas dari mengalami kecederaan!! WHATHELL!!!!!




Game semalam Macherano dapat kad merah yang tak sepatutnya dia perolehi atas keringatnya selama ini

Kad merah tu patut ditujukan pada

BENITEZ!!!!





sekali lagi aku nak bitau aku masih penyokong liverpool walauapapon terjadi  tapi bukan penyokong pengurus liverpool yang menjahanam liverpool k...

ANTARA DETIK PERMULAAN



Ya akhirnya Liverpool dah pon memberi pengajaran pada jiranya yang kuat menyibuk ni, mungkin lepas ni Everton kene pindah kat tempat lain yang lebih sesuai untuk mereka misalnya Division 1 ker, 2 ker 3 ker mana mana lah tempat lain selain dari EPL ni.... Rasanya dah sesuai lah prepare, kemas kemas barang pasal dah terperosok jauh sangat dah tu... Kesian Jiran Liverpool yang sekor ni...

Worait tak mau cakap besar, tapi kalau lah Liverpool teruskan momentum macam ni aku rasa Liverpool masih ada peluang untuk muncul juara, tapi dengan syarat lak Taik biru, ngan Setan Merah hilang mata demi mata sampai buta terus pun tak per!

Jangan pecah belahkan line up pertahanan tengah tu agger dan charagher tu jawapan pada prestasi pertahanan liverpool selama ini... Sorry skertel ko to mengelabah sangat, duk lah kat bangku simpanan tu!!

 Everton bermain agresif biasalah derby match la katakan, tapi sebagai penanda aras, kemenangan ni belum boleh dibangga kan lagi, memandangkan Everton skang tengah membapok, walaupon banyak try, ternyata team dorang diwakili pemaian pemaian yang bongok, harap rambut jer besar tapi otak kecik,

Jadi Macam biasa, ujian sebenar kita bila kita bertemu dengan 3 budak besar, Taik Biru, Meriam kontot dan Setan Merah.... ditambah team yang tgh usha line nak jadi best, tapi masih suam suam Taik ayam, Tontenhampas, Manchester Siti dan Aston Gila

Apa pon aku puas hati menang kali ni...



 Tapi ada lagi aku puas tempoh hari!!!

Apa dia!??







JENG JENG JENGGGGG!!!!





"ARGH NOOO IM THE BIG LOSSSERRRRR!!!"




ha ha belum apa apa lagi Ronalngado ngado dah tewas ngan mesi!!!

 Padan muka ko!!! Buat rugi duit jo!

ANTARA JIRAN YANG TAK PERLU KITA BERI MUKA!!




Besok malam liverpool akan menentang jiran yang selama ini sentiasa membayangi Liverpool, padahal tak best mana pon! Pasukan tak best tu ialah Everton, Forever n Ever membayangi liverpool tapi never Ever cant catch up Liverpool sebab tu nama dia EVERton!!

Dalam Islam kita wajib menghormati jiran tapi dalam bola sepak kita wajib memusuhi jiran tetangga kita ha ha!


'Barisan  Everton sebelum menentang Setan Merah minggu lepas'

Harap harap Mereka akan menentang liverpool dengan barisan yang sama ketika menentang Setan Merah ni, dan harap harap dorang akan berlemah lembut macam menentang Setan merah tempoh hari gak  he he!



Liverpool bertandang kerumah jiran ni, aku tak boleh agak kekuatanya kali ni, tapi tiada alasan lagi kali ni! Liverpool perlu menang macam mana pun...

Aku sebenarnya predit cuma seri jer 0-0,

Tapi oleh kerana aku penyokong Liverpool dan Liverpool harus menang jadi Liverpool mesti menang sekurang kurangnya 2-1!!!


" 2 -1 alah no halnyer la... dengan syarat si Lucas hampas tak main dan aku main full Game ahak!!"

ANTARA KEMENANGAN DAN KEKALAHAN


Liverpool masuk kepadang dengan semangatnya ( tengok muka pon tau tak konfident )

Liverpool dalam misi mencari kemenangan

Membolehkan Pasukan Paling Berkarismatik dan Elegen ini memeriahkan Champhion League


Tanpa Liverpool Siapa lah Champhion League


Satu lagi Contoh muka tak konfident





Inilah barisan kita! Bila Ko nak berambus ek Lucas!?






Misi Berjalan dengan lancar, Ngog yang bijak menjalankan tugas dengan baik



Menraikan kemenangan





Masalahnya pasukan Pion Tina pun seronok jugak kat sana nun


 
Maksudnya Boleh balik rumah tido....tak yah aku jaga pagi buta lagi lepas ni...






Barisan yang terkeluar landasan





Gambar menceritakan segalanya Liverpool Menang dalam kekalahan

Ibarat tawa dalam tangisan


PEDULI APA AKU DENGAN KEKECEWAAN INI

PASAL KITA AKAN GENGAM PIALA NI!!


Piala ni..Aku tak sure dah tukar piala lum

Tapi basicnya piala yang ni ler nama lama UEFA Cup... nama baru Europa Cup

dan

Setan Merah, Senapang Kontot serta pasukan taik biru


akan kalah Champhion league

Ac Milan akan menang tahun ni...pasal Ac Milan tak famous tahun ni!!



Siapa Juara piala eropah tahun 2001?!! 


wooo susah nak teka ker!?


tapi kalau juara eufa cup 2001!!

wooo ramai nyer angkat tangan!!


LIVERPOOL!!








Kita akan kalahkan juara Champhion league!!



dan  Bonus Kita akan dapat jugak piala ini!!


JADI  NAK KECEWA APA!!


OH YA SATU LAGI!



SETAN MERAH DIKECEWAKAN DENGAN TEAM BADUT DIRAJA( tengok lah jersy dorang!!!)

Pada yang tak tau nama team ni

BE SICK TAS
nama aje sudah menyakitkan!

EEIIII!!! GELI KETIAK AKU!

Sudah sudahlah tu, jadi juara yang memalukan kalah dengan team cikai macam ni

PUIIII!!!!

ANTARA NGOG DENGAN....

Ha lama tak update.. aku lama tak update bukan pasal kecewa ngan  performence  Liverpool yang tungang terbalik tapi pasal opis tempat aku kerja ni tungak terbalik buat aku rasa  tak selera nak memblog, hari ini aku cuba gagahi jugaklah

Sebenarnya hati aku tak sedap bila Liverpool perlu menentang Manchester Siti ni...

Pasal apa?

Pasal terlalu ramai player yang seharusnya menjadi player Liverpool yang mana semuanya dikebas oleh Si Siti ni!!

Carlos Tevez,  Gareth Barry,  Roque Santa Cruz., semuanya dah dirisik Benitez tapi mungkin Mark hughes lebih handsome berbanding Benitez maka lamaran Manchester Siti diterima seadanya...



" APA!! Dua Ribu darham!! WOWWWW!!!"



"Bukan apa... aku suka dengan nama Manchester"




"Suka hati aku lah nak pindah mana!!"



Pasal Tu jer ker??

Itu tak menakutkan sangat berbanding Monyet sekor ni!!!

Siapa?!!

Greg Bellamy la siapa lagi,


"Fff.......!!!"
paham paham jer lah ayat yang nak diungkap mamat sekor ni!


Ex Liverpool kebanyakanya berjaya membuat Liverpool kalah musim ni, Start dari Robie Keane
(Tontenhampas), Zenden( Sundaland), Anelka( Chealshit), Murphy  ( Foolham). Skang kita berdepan mamat gangster dari Manchester Siti ni!

Kem Liverpool lak, tengah buat magic?

Aku pon tak tau ubat apa atau treatment apa yang diaorang maksudkan bagi mempercepatkan proses penyembuhan player player yang injured tu..

Aku rasa rasa mungkin Toress, Riera, Benayoun dan Aqualani tak akan turun pada besok hari...  Tapi yang pasti Lucas Pasti Main!

Tapi jangan takut kita ada Ngog!



Si Diver!! Diver??

Ah Peduli apa aku!!!!  Ronalngado ngado, Dropba, Eduardo kaki hampir putus, ahhh siapalah Ngog disisi mereka mereka ini...Apatah lagi nak dibandingkan dengan Ex Arsengal sorang ni







Jeng jeng jeng!!!!



"YEAAHHH AKU SEHEBAT MARADONA!!!"

ANTARA SEHINGGA HUJUNG NYAWA



Seperti ada setengah setengah cerita filem Penjahat tetap hidup dan hero sama ada nazak atau pun mati dikerjakan si penjahat, Di pagi yang hening ditemani brother cina kutip sampah aku menyaksikan sekali lagi Liverpool tidak berjaya dalam skrip filem yang agak berat ni...


Tapi ada sesuatu yang mereka mereka tak tahu bahawa




Hero belum lagi mati, Seperti kata yusry KRU...  

Hingga hujung nyawa!!!



Babel tiba tiba tersedar dari lamunan bahawa dia adalah pemain bola dan menjaringkan Gol! Sebelum ni dia ingat dia seorang penari balet!!




 Tapi apakan daya kemenangan Liverpool dirompak disaat saat akhir!




Akhirnya Benitez walk lonely......






ANTARA HIDUP DAN MATI!



Perlawanan yang penting antara hidup dan mati Liverpool atau
lebih tepat kat si nyayuk Benitez... Kalau

Liverpool kalah Mari kita ramai ramai nyanyi " You Must Walk Alone, Benitez"...

Rencah ratus yang cukup lazat

Gerrad injured, Torres jugak injured( tapi kene paksa main game ni,( Last last gamble gak kene push Torres main!!  Baik bagi jer dia main terus masa jumpa Fulham hari tu!!Budus!!) , Johnson Injured,
Aurelio pon injured, ( bodoh jo simpan hari tu, last last tak leh turun gak! Budus!!) ..

Terlampau banyak na yang injured aku pon tak berapa konfident ngan line up yang bakal diturunkan nanti...

Apa apa hal aku harap Liverpool tetap menang....



Lyonadis Yang serba hebat, Sihat dan gagah



Liverpool yang cedera, lemah lagi tak bermaya


Tapi rasa rasanya siapa yang menang

Argh!! Tension ngan Skrip macam ni !!

ANTARA THE REDS DENGAN RED CARD




Kenal dengan benda ini?
Ya inilah Kad Merah juga dikenali sebagai Red card

Musim ni adalah musim yang sangat berwarnamerah ( ayat asal berwarna warni ) untuk Liverpool

Kita dikalahkan dari pelbagai sudut baik kerana Team yang tak cukup dana.... Pemilik Amerika yang berak hutang merata tempat, Kehilangan Alonso, Tidak berjaya membeli David Villa (perancangan asal) dan membeli player yang injured (Aquilani ), Bola Pantai, dan Terbaru Kad Merah ketika bertemu Fullham sebentar tadi...

Keunikan Rafa Benitez


' Sedang berkata kata dengan cermin mata' Pelik bukan?

Baiklah...
Kenal dengan dia ni?

ya inilah Rafa Benitez!

 Seorang yang sangat unpredictable

Sangat pelik dan unik orangnya, Liverpool sangat beruntung mempunyai Pengurus yang unik seperti Bernitez, Hanya pasukan hebat seperti Liverpool sahaja layak memeliki Bernitez

Buktinya??

Yelah,  Chealsea penat penat mendahului Liga... Tapi siapa yang pedulikan Ancelotti,
Bernitez juga yang jadi pujaan hati media Inggeris

Furgeson adalah pengurus terbaik Liga perdana Inggeris, Tapi dah banyak kali kalah dengan Bernitez! Mulut Furgeson dah berbuih nak ucap taniah kat bernitez!

Dan aku berani cabar tak ada pengurus yang boleh lawan kepelikan seperti Bernitez

Jadi apa kaitan kepelikan benitez dengan game semalam?

Fullham vs Liverpool


Antara kepelikanya




Voronin turun sebagai partner serangan Liverpool bersama Torres!!

WOW!!

Dia sendiri pun tak percaya

"Yea!! yeaa!!! Dapat main!!!"





Dan akhirnya main macam sial!!
' Aku masih tak paham kenapa dia tanduk bola macam tu punya rupa, kalau bagi kerbau main pon kerbau  tau nak tanduk arah mana!'



Philipp Degen

Kali pertama turun mewakili Liverpool, Mungkin Bernitez nak meniru gaya Arsengal wanger kot,
usaha yang baik, tapi tak kene gaya, ini bukan carling cup la pak cik...



dan akhirnya kene kad merah!
" keluar ko!"
tu yang keluar dari mulut reff.
tapi ni yang dalam hati dia berkata kata
" Herm patut  merah ker kuning eh,?"

Kisah sebelumya..


Fullham dapat gol! minit 23, first time dapat sentuh bola..dan score!
Nampak sangat fullham main tak best! Iyek!


Torres yang tak boleh berhenti menjaringkan gol menyelamatkan keadaan!! Masa ni baru terpikir alahai fullham jer boleh menang lah! Tak de halnya!!

Tiba tiba!!

Sports - September 25, 2007
" Oi! keluar keluar "
Benitez  dengan tektikal dengan gaya yang pelik dan sangat kronik mengeluarkan Torres yang tak injured




" Aik apahal lak?!! Apa dosa aku??"



dan akhirnya perjuangan Torres berkubur disini dan
membawa sekali sisa sisa peluang kemenangan Liverpool ,
Dan diganti dengan babel yang membebel!

Benitez berkata pada Torres
" Tak per, tak per ko boleh tambah gol lagi lain kali"

Torres dalam hati berkata

" Bodoh la ko!!"


Akhirnya Liverpool kene kitai dengan adanya si babel yang tumpul lagi berkarat ni

Kedudukan jadi 2-1

Apa tindakan bijak Benitez bagi menyelamatkan Liverpool??



Inilah Yahudi Baik
sangat bersemangat waja!!
Selain dari Torres dan Gerrad hanya Kuty dan yahudi baik ini sahaja yang mampu untuk Score

Benayoun menaikan semangat rakan rakan
"Buarghhhh!!! Kita mampu bangkit mari cari Gol!!""


Tiba tiba!!

Sports - September 25, 2007

" woi dah la tu!! keluar! keluar!!"


mati pucuk di buatnya benayoun!!


" Apa!! Keluarkan aku!! kang aku jadi yahudi jahat baru ko tau!!"




" Dah dah!! Keluar!! Tak boleh harap!! Lucas jugak yang bagus!!

dalam hati Benayoun

"Siap ko malam nanti aku sniper ko nanti!!"


Akhirnya yang masuk Nathan Eccleston, Aduhaiiiii...
apa yang budak kecik ni mampu buat dalam saat begini??



Akhirnya Charager dapat idea

"Alang alang dah kalah biar nampak sensasi sikit"

maka dia pun cuba yang terbaik

 dan berjaya  mendapatkan kad merah

charager tak sangka
"sangat pemurah reff malam ni"
sambil geleng geleng kepala akibat teruja..


' Fullham yang perasan hebat'

Dan akibatnya 11 orang player Fullham membuli 9 orang player Liverpool

Kedudukan jadi  3-1

Liverpool tewas dengan persembahan hambar

dan beserta bantuan Dua Kad Merah!!

Kalau boleh aku nak reff tambah satu lagi kat merah


"Nah Amik ko!!!"


untuk siapa

untuk dia ni!!




" Opocot!! "

p/s Jangan takut aku masih penyokong Liverpool