ANTARA MEREKA YANG TAK RETI BAHASA!


" Oi bongok ko tak reti reti reti nak masuk ker!!! "
marah Caragher pada Karistroikos( mcm mana nak eja aku dah lupa dah!)

Oh ya Caragher pada sidang videonya ada mengatakan, Ayat tu boleh juga ditujukan pada Torres dan Maxi yang tak reti reti nak score!!

dan juga boleh juga ditujukan pada pasukan Setan Merah!

Setan Merah!?????

ANTARA AKHIR DAN KEDUA TERAKHIR

AKHIRNYA LIVERPOOL BERJAYA DALAM PERJUANGAN DI MAHKAMAH



"Oi!! Mangkuk Hayun!! ko dua ekor nampak tak pintu tu?!! Skang dipersilakan BERAMBOS!!"


"Macam mana ni Geng kita dah kalah dah ni, KEMALUAN BESAR kita skang ni"

 "Rileks ahh ketot kita tunjukan kita ni bukanya bodoh! Biar diaorang tahu dengan siapa diaorang cuba lawan skang ni!!"

"Macam mana lak tu?"

"Kita saman dorang! Kita failkan patisyen kat Mahkamah yang akan memihak pada kita kat Texas, amacam pandai tak aku!!"



AKHIRNYA LIVERPOOL MEMPUNYAI OWNER YANG BARU!!!


"Terima Kasih kerana mempercayai kami, walaupon kami adalah dari Amerika"

"Oh ya sama sama"
jawab Broughton girang, dalam masa yang sama dalam hatinya terdetik


"yee aku ingatkan New England Sports Ventures tu syarikat England uhhh no.."





AKHIRNYA PAK CIK ROY MULA BERKATA KATA


"Tolong ler beri lah masa pada pak cik...Pak cik dah tua kasihanilah pak cik"




AKHIRNYA PERLAWANAN DERBY YANG DITUNGGU TUNGGU BERMULA


sebelum perlawanan.....


" Doktor berapa lama saya bleh amik MC ni... Rasa macam nak mampos sakit dia ni"

"biasanya sebulan tapi kalau ko nak mintak lebih ko hantuk la kepala lutot ko kat dinding "


 Strategi perlawanan.....

Akhirnya Pak cik Roy Buat berubahan pemain dengan menukar Lucas no2 (Poulsen) dengan Lucas yang Original dan Menukar Johnson yang main macam pemain Vateran dengan pemain yang betul betul vateran iaitu Caragher


Formation macam biasa formation yang dah ternyata basi, Torres lonely striker kat depan sorang sorang. Benar benar lonelyyyyy....

4 5 1 macam sial punya formation. Memang sah Pak cik roy ko memang 6 6 6. 

 Penyokong Liverpool dah mula fade up 

"Bongoknya Pakcik Roy nak kene pelangkung ngan Bola ni agaknya!!"

 

AKHIRNYA!

Perlawanan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan yang amat  busOK!

"siapa yang berbau busok ni!!!" 

Keluh Caragher sambil menjeling pada Lucas 


Jahill menumbuk tiang bendera kegirangan, tumbok bendera bleh lah!

Mai lah tumbuk kepala Gerrad kalo berani he he

Akibat kekalahan ini Liverpool terperosok ditempat kedua terAkhir!!!

Apapon!!

Sebelum Mengakhiri posting kali ni mari lihat team setan punya cerita

 

Photo terbaik minggu ni punya game

mungkin kesilapan Reina lebih bongok, tapi gambar ni ternyata lebih HODOH!!! Lain kali kalau nak buat silap pon cover la skit muka tu uish uishhhh


ha ha aku bleh faham perasaan si kacang


AKHIR SEKALI

 

PERJUANGAN LIVERPOOL TAK AKAN BERAKHIR, TIADA PENGAKHIRAN DALAM PERJUANGAN LIVERPOOL DAN PENYOKONGNYA



ANTARA KOLAM HATI , KOLAM HITAM DAN SENANG HATI...



Nampaknya malang terus menyelubungi Liverpool... bersama awan yang mendung, kolam hati telah bertukar menjadi hitam



Kejayaan yang disambut penuh gilang gemilang oleh pasukan Kolam hitam (kolam hitam? kolam apa warna hitam? boleh jadi longkang mungkin hermmm... ) 


Tapi kemenangan kolam hitam tak dapat menandingi kegirangan hati pasukan dari neraka jahanam ni dengan berita kekalahan Liverpool!


"BUargHAA hahahah!! BUarghahahah!!!"

Setelah mandul didepan gol ketika bertemu Sundaland, maka mungkin ini satu satunya bahan mengubat hati mereka ni, Oh sadisnya!


Cerita disebalik kemandulan serangan pasukan setan.....


" Kau tau tak negro, aku score hatrik tau masa jumpa Liverpool hari tu, ada satu gol tu, aku main terajang jer bola tak tengok belakang pon, aleh aleh Gol!! Hebat bukan!!?" kata Babitove

negro merenung tajam
"Ada yang kene terajang ngan aku lak kang!"



Cerita setelah kekalahan Liverpool....

 "Rasa rindulak kat Fulham uishhhh!!"

Pak cik roy juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan



"Keputusan yang sangat busoook!!" Gerrad juga kecewa




" haha Aparaaa ngan Blackpool pon tak bleh makan ha haaaa!!"

Akibat kekalahan Liverpool ini, Fuckergson telah membuat sidang media bagi membincangkan kemungkinan Liverpool akan tersingkir dari EPL,

"Setelah berakhirnya 7 perlawanan dan hanya tinggal 31 perlawanan sahaja lagi, inilah masanya untuk kita membincangkan kemungkinan Liverpool akan tersingkir dan sekarang juga kita akan meletakan koata 5 piala setiap musim" tambah Furkgerson pada sidang media tergembar gembur itu


tiba tiba...

"Boss Liverpool telah dibeli bos!!! nampak gaya gillet ngan hick yang kita upah untuk menjahanamkan Liverpool tu dah semakin goyah, berkemungkinan tak berjaya melaksanakan tugas sehingga Liverpool tersingkir dari EPL.."


V/0: " Dengar cerita owner baru mahu bikin Stadium baru untuk Liverpool dan berjanji mahu bagi dana untuk beli player januari nanti!"

"alamak bahaya ni...iskkk Tak guna punya Gillet hick!!" 




"Alamak mampos kita! bapak setan dah marah....macam mana ni partner?"

" Tak per kita ada sisa sisa baki untuk pedajal Liverpool... Jom bawak pegi Court!!!"



Cerita terkini....

"Yeaaaaaah!!!"
Pakcik Roy tak pedulik kan gillet ngan hick! Yang penting dia gembira pasal masih dikekalkan sebagai pengurus Liverpool

"Yeaa boleh la aku duduk lama lama kat bangk..  uuuu   errrr maksud pak cik duduk lama lama kat Liverpool uhukk...yeaaaaaa!!!"



Pemain Liverpool juga gembira
"Jom! Jom! celebrate bukan selalu dapat celebrate macam gini musim ni!!"






Dan yang pasti penyokong Liverpool diserata dunia juga gembira... walaupon rata rata lebih suka pak arab jadi owner Liverpool.




Wahhh!!!! Gila ahhh Liverpool sana sini becerita tentang Liverpool!! Ini ker team yang duduk 3 tangga kebawah??

Tapi kenapa Cerita Liverpool mengatasi cerita penghuni liga?? Jadi ini menunjukan Liverpool tidak layak duduk kat bawah liga!! Penyeri Liga harus berada diatas!!

Jadi mari kita mulakan dengan perlawanan seterusnya!!! Ya pasti berat!!! Perlawanan seterusnya yang menanti Liverpool memang berat,




Masakan tak berat!!!


Never Everwon dah dapat semangat gajah mabok!! Sangat berat perlawanan ini nanti!!




Nun jauh di satu sudut berbau neraka jahanam.....





Tiba tiba penyokong Setan tesedar dari lamunan dan segera betukar menjadi Hijau!!


Owhhh  .... belum berjaya lagi ker?? Cuba lagi ehhh....


ANTARA NASIB MALANG LIVERPOOL DAN KEHEBATAN PASUKAN LAIN

"AUCHH!!



Patutlah selama ni Pak cik Roy banyak duduk dari berdiri, hodoh sungguh posingnya bila berdiri!!



Liverpool bermain pada malam tu dengan gaya yang tersangatlah menyakitkan hati penyokong Liverpool! Lebih sakit hati melihat Liverpool bermain begini punya rupa berbanding mendengar  kem kem monyet mengutuk Liverpool!

Rasanya cukup lah pengajaran pada Pak Cik Roy dari dua game terdahulu, sila gunakan formasi 442 , ataupun ko tunggu masa ko dikenakan formasi 666.


Liverpool bermula dengan baik dan berkenaan dengan gol pertama Liverpool, kira Liverpool berjaya membalas dendam gol bola pantai musim lepas, Cuma harap Steve Berus lebih banyak muhasabah diri dan mengkaji kebodohan defendernya yang melakukan kesilapan tahap spender busuk, dari mencari salah orang lain. Apa ko ingat ko tu Berus Lee ker!!

Tapi untuk game semalam mamat ni betul betul tekena penyakit Lucas! Menyirap plak aku tengok dia he he


tapi masih ada berita baik, tangan Poulsen masih ok dan boleh digunakan untuk game seterusnya


Dan tiba tiba aku pasrah...masa untuk kita mendengar kutukan dari  pelbagai arah terhadap Liverpool

Tapi!


Photo by Laurence Griffiths Getty Images Europe
 "Oi bongoklah korang main macam budak kampung!!"


Tiba tiba Ancelotti yang sangat Italinya dengan sikap yang sanggat cool tiba tiba melenting

Ohh rupanya Team Curang dah mula bosan dengan kemenangan dan jaringan yang banyak banyak.

Aku tak rasa kemenangan Mak Siti kerana kehebatan Tevez, Tapi aku rasa kerana  Terry si curang semakin teruk...



nak buktinya!!
NAHHH!!! Ini buktinya






 Ouchhh sangat merana nampaknya sicurang Terry ni



DAN

Tiba tiba Jaguh Champion League ni pulak mengalami kekalahan yang mendadak..perghh hilang lagi satu kem yang bleh memekak, bukan bukan...bukanya Chelsea mahu pun Arsenal kerana kedua duanya hanya memenuhi koata pasukan dalam CL jer saban tahun ..inilah team yang bakal menguguli CL 

Photo by Jamie McDonald Getty Images Europe

"Tobat!!! Tobat tak mau main CL lagi!!!"



DAN 

 
Lebih mengejutkan Team Tadika juga mengalami mimpi ngeri bila mengalami kekalahan kepada broom witch, tu la ada suara suara sumbang cakap Liverpool menang 1-0 jo ngan broom witch ni, apa kes lak kalah 2-3 ni?


 gambar sebelum Arsengal Wenger menyembunyikan kepalanya kemaluan



 Ya benar tu!!! Kita juga penyokong Liverpool amat amat menyokong Aluminium untuk terus menjadi Penjaga gol Team Tadika...Aluminium ko memang best!!




DAN 

"BooooooDohhhhhhhhh!!!"
Sila baca dalam gerak pelahan k



Tanpa diduga pasukan Setan Merah plak mengalami keserian walaupun team ni tak beseri langsong pada aku...Biasa ahh Ahli neraka mana ada seri
Terasa aura sebelum perlawanan setan tengah gelak besar dengan keputusan keputusan sebelum ni
nah amik ubat ko!!

  Lawan Bolton Unwandorers lak tu ceh!!

" Oii!! Nur Nani jangan lah lari aku nak masuk paper gak oi!!!

"Ahh Tak der tak der ko cari gol sendiri aku nak celebrate sorang sorang!! Syohhh!"



Itu pon nasib baik

Si petualang ni score untuk selamatkan maruah setan

Sory ahh setan aku takder simpan gambar Owen berjersey neraka


DAN SEBAGAI TAMBAHAN


Babitov kembali keasalnya

"Ahhh alangkah bestnya tidoooo"



DIANTARA KEDINGINAN MALAM BERSAMA KEHANGATAN JIWA

Susah sikit aku nak ulas kekalahan Liverpool kali ni, Pasal aku tengah melantak tido masa budak budak Liverpool ni berjuang, ingatkan tak der hal menang punya, Rupanya Liverpool tengah kemaruk publisiti murahan cheh!


David Ngog and Nathan Eccleston missed Liverpool's penalties
PA Photos
He he apa pun kalau tengok line up, dah pastilah level dah jadi lebih kurang sama ngan team Northamton  tu!



Liverpool Manager Roy Hodgson looks dejected during the Carling Cup Third Round game between Liverpool and Northampton Town at Anfield on September 22, 2010 in Liverpool, England. 
(September 21, 2010 - Photo by Alex Livesey/Getty Images Europe) 

"Plan B....hermmmm plan B..."


Lucas Lucas of Liverpool looks on at the end of extra time as the game goes to a penalty shoot out during the Carling Cup Third Round match between Liverpool and Northampton Town at Anfield on September 22, 2010 in Liverpool, England.
(September 21, 2010 - Photo by Pete Norton/Getty Images Europe) 

"Aduh sejuk!! Rasa nak terkucil pon ada!!! "
 Lucas beri alasan kekalahan Liverpool kecara faktor cuaca he heee



Dalam kepala aku hanya satu alasan aku patut bagi kat juak juak pengutuk Liverpool
"Ala piala picisan jer!"

Tanpa ku sangka, rupanya ternyata benar piala ini, benar benar Piala Picisan!

Rupanya banyak team besar ikut boikot piala ni... betul lah Liverpool tidak melangkah berseorangan!!!

Pasukan Curang, Pasukan Mak Siti, Pasukan Totenhampas, Pasukan Never Ever won, semuanya menarik diri dari pertandingan ni,

Cuma tinggal dua pasukan jer yang masih gilakan piala ni, 
Pasukan Setan merah, dah tentu lah! Setan mestilah tamak dan Satu lagi, pasukan ni memang benar benar cucuk bertanding piala ni. Pasukan Tadika dan aku doakan pasukan ni berjaya.


Memandangkan entry kali ni agak sedih...beserta gambar gambar yang menyedihkan...
aku tambah satu lagi gambar sedih dikala Syawal nak berambus pergi







Pengemis buta ditengah padang!!.....siannnnn!!





 

ANTARA MENANG DAN KALAH

 "Mak tengok mak saya score ngan kelab terhebat!!!"

Setan tumpul tiba tiba nak joint

"Woi  celaka ko setan! Jgn jauh jauh sgt celebrate aku nak masuk paper gak oi!"


HA ha sebelum ni aku tak der sebut pasal setan sekor ni, macam wujud tak wujud jer, hehe setan sekor ni aku panggil Setan Malas pasal memang terbukti pemalasnya, tak tefikir langsong dia akan score apatah lagi sampai 3 gol... Jadi Setan pemalas ni pon terkejut dengan nasib baiknya kali ini.

Tengok headline pon tahu, maksudnya sebelum ni Setan sekor ni mengaku sama ada dia tido masa main atau dah mampos sebelum ajalnya huu!


Mari tengok gambar yang cool punya

Photo by Alex Livesey Getty Images Europe

Ceh!!! Setan pemalas hanya kalahkan seorang untuk score tapi Gerrad memperbodohkan 8 ekor setan sekali gus!!

Gerrad still alive as well Liverpool !!



Secara keseluruhan Liverpool bermain agak baik, Tapi maksud ayat 'agak baik' juga boleh diistilahkan ayat disebaliknya 'tidak berapa baik'

Corak defendsive terbukti tidak berkesan langsung dengan Liverpool dulu kini dan selamanya Liverpool adalah team yang menyerang itu yang membuahkan kejayaan Liverpool sebelum ini, Separuh masa pertama Liverpool langsung tak menyerang, Nampak jelas Liverpool cuma berharapkan seri dan mungkin mengintai kalau kalau ada ruang untuk counter dan mencuri 3 mata. Membiarkan Setan Merah menyerang dan terus menyerang akibatnya defender tua Liverpool kepenatan.

Secara positif nya aku dapat lihat pak cik Roy cuba mewujudkan satu kesefahaman dalam hantaran, Hantaran demi  hantaran Liverpool mengimbau ketika era emas Gerrad Houlier,  play safe dan counter atack. Masalahnya Liverpool yang kita ada ketika ini belum ada kesefahaman. Insya Allah tektik begini akan berkesan dalam jangka masa panjang. Persoalanya berapa lama kita perlu menunggu ranumnya pasukan ini?

Tak nampak sangat masalahnya dibahagian tengah sejak ketiadaan Lucas ditengah padang, Masalah sekarang di bahagian serangan, nampak benar terlopangnya daerah ini, jadi  kegagalan Liverpool membeli penyerang sebelum musim permindahan ditutup sudah pon memberi kesan.

Selain dari penyerang Liverpool perlukan Joe Cole kedua, maksudnya pemain yang mempunyai manteliti menyerang, boleh menyelinap mengelecek disamping menjaringkan gol... Contoh terdahulu,  Steve Mc Manaman, Apa pon masih tidak sepenting mencari penyerang yang boleh berpasangan dengan Torres atau mengantikan tempat Torres.


Kesilapan pada malam menentang Setan Merah


 Seperti yang disebut diatas tadi Corak defensive

Masih tidak mengunakan sistem dua orang penyerang, dikala Torres tengah kuat mengelamun, Siapa cakap Ngog tak hebat, ehem! ini bukan persoalan hebat atau tidak... Ketika Ngog dibawa masuk minit ke62... dan Torres dapat penalti minit64, bukan kerana tuah atau pon jebat ini kerana formasi pertahanan Setan merah akan ada sedikit renjatan, dan ini lah hasilnya Torres punya lebih ruang. Semudah ABC bukan...?

Dan Bonusnya dapat lagi satu minit 70, berkesan bukan?


Tapi malangnya sekali lagi kesilapan teknikal dilakukan oleh pakcik Roy

Aku agak terkejut ketika Meireles dibawa keluar dan digantikan dengan Jovanovic, hati aku mula tak sedap, dan ternyata Jovanovic sudah jadi mangsa keadaan dari penyerang, turun pangkat jadi winger dan sekarang lebih banyak abis masa kat bahagian pertahanan yang nyata bukan makanan dia, akibatnya Liverpool kembali menikus, Setan mengila kembali!!

dan turning pointnya

Agger mengantikan Konchesky minit ke 82, agak pelik memasukan Agger ketika konchesky bermain baik, Pendekatan mengelirukan macam ni, stail Benitez!! Entah entah segala keputusan sebelum ni Sammy Lee yang buat kot, sama aja bebalnya benitez ngan pak cik Roy ni he he! Alasan untuk bertahan juga tak boleh aku terima, lain lah kalau mengeluarkan Torres memasukan Agger, ini sistem yang simple tapi berkesan.

Dan signifikanya pada minit 84 Liverpool bolos!!


Oh tentang masalah penalti, lakonan siapa lebih baik antara Torres atau Nani, Kad Merah pada Oshea atau tidak, faktor Howard Webb, aku tak mau sentuh, itu masalah basi! Aku tak pernah jumpa pengurus hebat tapi bebal macam Fuckgeson dah menang tapi persoalkan penalti pihak lawan ketika Pak cik Roy rasa O Shea tak patut dapat kad Merah?

Biasa ahhh dah nama pon SETAN

Mungkin penyokong setan merah terlupa sesuatu, biarkan aku ingatkan





Jumpa di Anfield!!





ANTARA YANG POSITIVE

From .

Yerghhh!!! Iam Backkkkk!!! 

Memandangkan Ramadan dah meninggalkan kita maka puak puak Syaitan yang direjam ni pon muncul membuak buak kembali, kembali keluar dari penjara yang memebelenggu mereka selama ni .dengan itu maka bertambah setanlah pasukan setan merah ni, diketuai setan mabok minum todi Wain Runi yang semakin tumpul dan meroyan. Harap harap dia langan pelacur lagi sebelum game Liverpool nanti... Nampaknya bapak setan dah tak bleh kontrol anak setanya!! Chis!! SETAN PUNYA TEAM!!



Runi yang mengoda... BUEKKK NAK MUNTAH AKU!!!!





Vidick dan Ferdinand berebut lilitan kapten

"Celaka ko tikam aku dari belakang!!"

"Woooo ini team setan!! Mana boleh baik baik sangat  punyaaa!!!"



 

Boleh lupakan mamat ni, dia nak balik kampung berehat panjang....






ANTARA NEGATIVE DAN POSITIVE




Pada musim ini kita bermula dengan suasana suam, Ibarat pelakon aksi yang beraksi dalam babak sedih. Apa pon ini bukan lah satu pengakuan mengecewakan dari aku, Bodohlah mereka mereka yang berangapan macam tu he he ibarat kata pak cik Roy...

"I find it amusing that people are discussing which team is going to win the league after four games."

Pelakon aksi itu akan beraksi dengan penuh gaya ketika plot mencapai tahapnya kelak, begitu jugalah Liverpool . 


Nampaknya ramai yang kecewa dengan Liverpool kini memandangkan kita hanya menang sekali kalah sekali dan seri dua kali, Apakah ini satu petanda negative dalam pasukan Liverpool?


Ya negative bila permasalahan pada pemilik Liverpool yang masih menemui jalan buntu ibarat orang sakit sembilit, patut dah terberak tapi taik tak mau keluar! betul betul taik punya gillet ngan hick ni! Dengan kegagalan kita mendapat pemilik baru bermaksud tiada dana melimpah ruah untuk membeli pemain baru berkelas dunia. 

Selain itu kita juga kehilangan Joe Cole dalam 3 perlawanan, Pada malam semalam juga kita turun tanpa Arnab Duracell kita yang cedera, akhirnya rekod kuyt yang jarang amik MC akhirnya lebur he he..


Walaupon Torres berjaya menjaringkan gol untuk Sepanyol, aku dah nampak itu bukan tanda positive untuk Liverpool, Torres akhirnya tumpul ketika mewakili Liverpool, biasa ahh dah lah tak fit, penat lak tu, Pada aku seharusnya Babel diturunkan sebagai striker pada pertegahan babak kedua seperti yang dijanjikan oleh Pakcik Roy.



Jadi mari kita tinggalkan perkara negative tu, lihat pula pada dari arah yang positive, pada malam semalam Paul Konchesky membuat debut untuk Liverpool yang aku rasa sesuatu yang positive, sebenarnya dari dulu lagi aku suka kalau mamat botak ni mewakili Liverpool,





Semakin hari semakin baik pertahanan Liverpool , dengan option yang kian bercambah dari bahagian pertahanan juga aksi cemerlang keeper Liverpool kita ( sorry Sepanyol ) aku lebih rela dia bermain buruk untuk sepanyol tapi bermain baik untuk Liverpool, Torres kene belajar ngan Reina he he...




Jadi perlu ker kita risau dengan situasi sekarang, nahhh nak risau apa, orang bodoh jer risau bila baru start 4 game hu! Chelsea sudah jauh menuju puncak AF nyer ye lar tu, jumpa pasukan lemah bleh la, Nak risau ngan Arsenal hu biarlah , tunggu masa nak tambah list pemain injured jer.  Dan pasukan ayam berkokok riuh sekampung sudah terkena efect CL yang didamba kan sangat tu. Pasukan Mak Siti yang kuat berangan juga tengah demam dan masih berbanga dengan kemenangan  dengan Liverpool yang akan diingati sebagai satu satunya kejayaan mereka yang terulung hu!. Ahaaaa dan Setan Merah nampaknya terkena badi Wain Runi yang berjangkit ngan pasukan curang, mungkin berjangkit masa main untuk England dalam Piala Dunia, patutlah lemau semacam jer! Elok lah Fuckergson lepaskan Runi main untuk chelsea musim depan barulah ngan, Hu harap harap Gerrad tak berjangkit ngan pemain rosak akhlak ni hu!!!

Ohhh tidak Liverpool berada di nombor 13...Cehh rileks lah samdol! pasukan di nombor 13 dengan nombor 3 hanya dipisahkan 3 mata jo...


Ohh ya game seterusnya kita akan bertemu Setan Merah digelangang neraka jahanam mereka di Old Kerepot! Jadi pada kita wajib mengalahkan mereka, memandangkan pasukan mereka sudah bertambah setanya kini!


Hadiah untuk si gila seks dari Old Kerepot


Dan yang terakhir sebelum aku nak pergi beraya ni, apa khabar bekas orang kampung kita yang dah berhijrah tu! Siapa lagi si anjing poony yang tak sedar diri tu, pasti bergaya dengan pasukan dreamteam tu....



Huuuu!!! memang bergaya...ala ala berak kapur!! Bercelona terima lah habuan korang buarghahahaahaha!!!