ANTARA TORRES DAN SAUREZ

kasi gambar besar skit pasal ni last dia sebagai player liverpool special lah skit hehehe

Bye Bye Torres  


Satu nasihat aku ketika sibuk mengejar kejuaraan liga dari Setan Merah dan merampas CL dari Inter Milan jaga jaga lah sikit isterimu tu takut takut dikejar Cole atau dirampas oleh Terry ek!



Welcome Suarez


Nampak gaya macam down to Earth punya player, tgk lah pose kat mana...kat tempat kasut busok!!

Satu pesanan aku, Score gol ek!



Oh ya ada satu lagi bonus dari bos Liverpool nah amik lagi sorang!!




Sapa biasa tgk WWE.... macam adik EDGE jer aku tengok!




ANTARA DATANG DAN PERGI


"Im comming!!! YEarghhh!!!"

Luis Suarez terbukti seorang player yang serba boleh, baik mengunakan kaki, Tanggan atau pon gigi!! Sangat multi talented. Kini Liverpool mempunyai dua orang striker yang digeruni!

Akhirnya penyokong Liverpool tersenyum puas!!


Tiba Tiba!

El Nino melanda kem Liverpool!

"BUargggghhhhhhhh!!!! Bosannnnnnya!"




" aku nak blah ahhh!"




"Uik ai! nak pi mana tu, aku baru mai sini, ko nak blah pulak...mentang mentang lah aku tak jambu macam ko!"



JANGAN ADA YANG NAK UGUT BUNUH TORRES SUDAH..

Ha ha! Tang ugut ugut tu biarlah penyokong SETAN jer amalkan, sebagai sebuah pasukan yang dah biasa dilanda badai sejak bertahun tahun lamanya, penyokong Liverpool perlu rasional. Seperti Alonso jugak sebelum ini, Torres jugak seorang pemain bola profesional sama ada dia mencintai Liverpool atau tidak pasti mereka ada matlamat dalam kerier untuk dicapai. Lagi pon kelab bukan seperti negara yang mana pemain menjadi hak milik negara, kekal sampai pencen. Jadi sebagai pemain profesional dia berhak bermain dimana mana sahaja dia mahu. 

Tidak disangkalkan Torres adalah kekuatan Liverpool, baik dari segi jaringan golnya ataupon dari aspek komersialnya untuk Liverpool. Tetapi memandangkan Liverpool terhenti dari mengucup sebarang piala sejak kehadiran Torres. Istilah YNWA harus diguna pakai kan. Teruskan perjuangan. ambil saja yang positif, kalau melihat kepada fakta ini, Maksudnya dizaman penyerang hancai macam Cisse pon kita boleh menang piala, apa lah ertinya sangat dengan berbakul bakul gol dari Torres sedangkan kita tak memenangi apa apa? 

Dengan kembalinya Daglish dan pembantu yang bagus, pembelian suarez.... dapat rasakan NESV punyai strategi yang agak baik. Sebagai pendapat peribadi, pemain muda dari akedemi Liverpool seharusnya diberi peluang yang lebih. Kalau Liverpool boleh menghasilkan Gerrad kenapa Gerrad kedua tidak boleh dihasilkan?


Berbalik kepada Torres. Apa yang dikesalkan adalah waktu untuk dia melangkah keluar tidak sesuai langsong! Ia seperti menikam Liverpool dari belakang. Mahu keluar itu haknya, tetapi keluarlah  ikut pintu depan, bukan pintu belakang belakang. Dia seharusnya menunggu sehingga musim berakhir, itu yang sepatutnya. Ya mungkin Liverpool punya wang yang banyak dari hasil penjualan Torres tetapi Liverpool pasti tidak punya masa untuk mencari pengantinya.

Keduanya destinasinya, Chelsea bukanlah distinasi yang sepatunya Torres pilih, Kalau CL sebagai alasanya kedudukan Chelsea jugak tidaklah terlalu terjamin pon. Dengan hanya 9 mata dipisahkan dari Liverpool seharusnya Torres berjuang untuk memintas Chelsea bukanya menguatkan Chelsea yang dah suam suam kuku tu. Seharusnya dia menunggu sehingga tamat musim. Dan musim depan pastinya dia mendapat pelawaan, mungkin dari Real Madrid atau Bercelona yang bukan sahaja berkira kira  untuk layak ke CL tetapi juga berpeluang memenanginya. Bukan seperti Chelsea yang sentiasa berjaya ke CL tetapi hanya bertemankan mimpi untuk mendakap CL sejak sekian lama.

Boleh jadi Torres pergi atau tidak. Selagi tidak ada berita rasmi, selagi itulah Torres adalah pemain Liverpool. Aku tak mau terlalu Emotional sangat, tetapi perasaan aku sekarang seperti  melihat Owen meninggalkan Liverpool dulu. Apakah kita akan lihat Lebai malang sekali lagi?

Alonso belum menjadi juara lagi, boleh jadi tahun ini juga tidak, dua tiga tahun lagi mungkin dijual dan kemudian tiada siapa ingat dia dulu bekas player Real Madrid....tanya lah Steve Mc Manaman kalau tak percaya hehehe

Owen juga belum menjadi juara lagi, tahun ini mungkin ya...tapi adakah dia akan disanjung sebagai wira? Yang pasti tidak!! hehe!



Ini situasi Torres sekarang, Mari kita lihat apa berlaku tidak lama lagi




"Wopssssss!"



ANTARA KEMENANGAN DEMI KEMENANGAN


"alamak tak sempat nak kuis...kalo tak dah tiga game berturut turut aku score!!"


ANTARA YANG TERBAIK!!




Nampaknya kali ini, mendaki puncak menjadi satu yang lebih diyakini, memandangkan perkara sama pernah berlaku ketika masa Pakcik Roy mengurus Liverpool, ketika menang, dan ketika penyokong berkira kira mencongak untuk mendaki tangga ketika berhadapan pasukan lemah, segalanya tiba tiba lemau untuk perlawanan seterusnya....

Tapi dibawah kendalian Daglish aku rasa kali ini boleh menjadi kenyataan, kebangkitan sudah bermula... Atas rumusan apa aku berkata begitu.....Atas bersembahan ditengah padang...Liverpool kembali menjadi pasukan yang bermain positif, cantik dan yang penting ada mata dan keputusan lebih realistik....


Nampaknya Daglish sudah menampakan impaknya....Torres sudah menjaringkan Gol....Meireles sudah jadi Meireles semula maksud aku meireles yang bermain di Purtugal dan porto yang kita kenali, perkembangan pemain muda seperti Kelly, Dan Johnson sudah jadi Johnson yang lama...aku memang selama ni memang rimas ngan rambutnya...mungkin pasal tu dia lembab...

Tapi ada juga setengah tempat yang agak merisaukan....aku boleh kata, kita boleh kalah game semalam....kalau kita bertemu pasukan yang lebih kuat dari wolvehampton ni....Beberapa kali Poulsen celaka tu melakukan kesilapan melepaskan bola dengan mudah ketika pasukan tengah melakukan ball position, Nasib baik rentak Liverpool masih sama selepas tu....

Dengan melakukan gamble seperti meletak Poulsen semalam, aku lebih prefer untuk Daglish meletakan Jonjo sebagai starting eleven untuk game tempoh hari...aku dapat rasakan mamat botak tu jenis yang lambat panas...jadi jika bermula dipermulaan permainan mungkin dia boleh bermain dengan lebih baik...  Pada aku Karier Poulsen di Liverpool harus ditamatkan seperti mana Konchesky. Tiada lagi pemain sayur kat dalam pasukan Liverpool.

Mari kita tunggu game seterusnya

Apa saja keputusanya yang paling penting


LIVERPOOL = MENYERANG

 point disini SERANG DAN SERANG SERANG DAN SERANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!



 skang mungkin pak cik roy yang tengah garuk dagu kat rumah baru paham
"...ooooooo.....itu rupanya peminat mau ahhhhhhhhh"






Oh ya sebagai tambahan untuk menyakat geng monyet
 "Welllllllllllll.... you my frienddddddddddd!!!!"




ANTARA MENANG DAN KALAH, AKHIRNYA SERI

Perlawanan pertama Liverpool di gelangang sendiri bertemu dengan musuh setempat, walaupon pasukan nEVER  EVERwon ni tak sekeji dulu. Tapi Liverpool seharusnya tak beri muka!! Memandangkan Liverpool juga tengah lemau sekarang tak ada bezanya juga dengan jiran kita yang keji ini!




Liverpool seperti biasa punyai peminat yang setia walaupon kalah dua dua game sebelum ni Daglish masih diangap hero



"Yehaaaaaaaaaaaa!!!!"

Walaupon Liverpool bermula dengan negatif pada dua game terakhir, bibit2 ion positif juga sedang bergerak merebak kesana sini. Pendekatan Daglish nampaknya seperti houlier juga, Daglish sedang membina tapak untuk Liverpool sekali lagi, Pemain pemain muda mula mendapat kepercayaan. Seperti Kelly, Spearing, Shelvey, dan seharusnya Wilson juga perlu mendapatkan tempat....ini penting memandangkan pada kedudukan Liverpool kini menyukarkan Liverpool untuk memikat pemain pemain bertaraf bintang mewakili Liverpool. Jadi dengan player muda ini Liverpool seharusnya membina pasukan bersama ramuan player muda dan player yang ada potongan harga seperti mana Liverpool memiliki Mc Calister dan Didier Hamman dulu.

"Wahhhh cantik belul gol ko tu straight jer tadi!!,,,kalau aku yang tendang tadi kalaut biru lah jawabnya"
Lucas bersendeloka sebentar



Ya keputusan pada malam ini bukanlah keputusan yang terbaik, tapi ia lebih baik dari tidak membawa sebarang mata, memandangkan faktor nasib baik tak memihak kepada kita sejak akhir akhir ini. Walaubagaimana pon formasi menyerang yang diterapkan Daglish harus diberi pujian. Ketika kita disajikan  strategi permainan bola lambung dari Hudgson yang meloyakan tekak. Kini Liverpool kembali kegaya klasik Liverpool.

Johson setakat ini disebelah kiri nampak lebih selesa, Aku merasakan jika Liverpool menemui pemain Bek kiri yang suitable untuk Liverpool, tempat Johnson seharusya disebalah sayap.

Kelly seperti biasa bermain bagus. Tepat dan tenang, sekali kali naik mempunyai crosing yang bahaya. Harap dia terus konsisten

Mireles sudah menjaringkan gol. itu petanda yang bagus. Tapi apapon dia masih lagi pemain yang goyah, Sering melakukan kesilapan, hantaran kurang baik, dan cepat tengelam dalam permainan.

Maxi seperti biasa kuat membazir heheh!

Spearing.... tak bagus mana pon...tapi rajin. sayang dia terlalu kecil.... 


Torres walaupon tidak menjaringkan gol kali ini, nampaknya dia bermain bersungguh sungguh kali ini, dan kali ni dia tak banyak dive...bagus.


Turning point kepada kegagalan Liverpool mengutip tiga mata adalah apabila Agger terpaksa dikeluarkan

Setelah Lucas dan Johson keluar dari senarai player bangsat

dan Konchesky yang dah dibangsatkan oleh Daglish

maka ini dia player bangsat yang yang paling bangsat untuk musim ini!!!

JENGGG JENGGGG JENGGGGG!!!!

Torres membisikan sesuatu pada Si Ketel

"Oi, boleh aku tanya ko sikit tak?"

"Apa dia bro, aku sanggup jawab dengan berjela jela"

Torres memulakan pertanyaanya
"Apasal ko selalu sangat main macam bangsat!!??"

Siketel 
"...........?"



ANTARA MENANG DAN KALAH


INI LIVERPOOL!!!



dan ini bekas penggurus Liverpool...Opssss bukan!!!

sehari sebelum Pak cik Roy dipecat.

"I'll almost done bro...almost....."

"Good job! well done"



Ini lah dia agen Setan Merah! Jadi baik buang sebelum dia menjahanamkan Liverpool...



Sebelum aku mengulas perlawanan semalam baik aku ulaskan dulu sikap setengah monyet yang mempertikaikan pemecatan Pak cik Roy. Kebanyakan monyet yang mempertikaikan pemecatan pak cik roy ni pon sebenarnya datang dari penyokong team lain yang sebenarnya menyokong Pak cik Roy dengan hasrat melihat Pak cik Roy terus menjahanamkan Liverpool, itu saja. Sangat bongok niat murni mereka itu. Memang benar kekalahan sesebuah pasukan bukan 100 peratus diletakan kesalahan itu pada pengurus itu sendiri, pasal 80 peratus dari kekalahan Liverpool harus ditanggung oleh orang yang memilih pak cik Roy  pada permulaanya sebagai pengurus.




Jadi Bye bye Hudgson an d no thanks no achievement langsong, sekarang ko bleh balik rumah study kenapa  masa ko kat fulham, kalah ngan blackburn, birmingham, wolve, whatever orang tak marah tapi bila Liverpool kalah ko kene pecat... jadi mentelaahlah dengan sebaiknya




Jadi mari kita ke OLD KEREPOT


Perlawanan kalah mati ini dilangsong kan di old kerepot, dan kita kalah pada pasukan setan dari neraka jahanam digelangang mereka....



Angin tarak ribut tarak, tiba tiba Babitove jatuh...mungkin terkena kentut dari Agger

Tapi Sorry lah sebagai penyokong Liverpool aku tak mau mengatakan inilah sebab kenapa Liverpool kalah, sama ada si babitove ini dive ker atau tidak, itu bukan persoalanya jadi tinggalkan babitove  dan nasib baiknya tu
 



Jadi apa kata kita salahkan Howard webb seperti biasa bila kalahh.....


Naaaaaaa....aku pernah tgk dia adili game Setan merah dan Setan merah kalah.... itu bukan persoalanya pasal Howard webb memang berat sebelah....tapi tak perlah kalau kita score kita masih boleh menang kalau dia berat sebelah pon banyak mana bleh bagi advantage pada Setan merah jadi kita tinggalkan mamat berat sebelah ni



Jadi apa sebab Liverpool kalah!!??


Jadi ini kata ku!!?


LIVERPOOL TIDAK KALAH SEMALAM BAHKAN KITA LAH PEMENANGNYA!!!

Dengan pengurus yang baru mengambil jawatan 24jam, bermain di Kubu mereka, dengan 10 orang pemain dan menentang 12 orang pemain Setan merah... kita berjaya mengekang mereka dari menjaringkan sebarang gol yang suci murni (sorry lah gol penalti tu tak berapa suci ). sambil masih mampu melakukan serangan berbahaya. Banga menjadi penyokong Liverpool semalam. aku dapat lihat penyokong Setan hanya bersorak sekali sehingga tamat permainan nampak diwajah mereka perasaan tak puas hati. apasal pon aku tak tau?


TAPI YANG AKU PASTI KEMENANGAN INI TAK LEBIH HEBATNYA SEPETI KEMENANGAN SEORANG PELACUR MURAHAN DITEPI JALAN HAHAHA!







Untuk Kenny Daglish, mari kita lupakan Kenny Daglish yang dulu, kita berada zaman dan era yang berbeza... Dia perlu bermula dari A semula untuk mencipta sejarah kembali. Jadi kita kene bersikap realistik seperti katanya sendiri. Apa pon  memang benar Daglsih lebih benar realistik berbanding Pak cik roy, aku tak dapat bayangkan bermain 10 orang dengan bek kanan dan kirinya ialah Koncesky dan Johnson.

Oh ya Tabik pada Kelly lu memang lagi best dari Johnson haprak tu!