Saturday, January 29, 2011

ANTARA DATANG DAN PERGI


"Im comming!!! YEarghhh!!!"

Luis Suarez terbukti seorang player yang serba boleh, baik mengunakan kaki, Tanggan atau pon gigi!! Sangat multi talented. Kini Liverpool mempunyai dua orang striker yang digeruni!

Akhirnya penyokong Liverpool tersenyum puas!!


Tiba Tiba!

El Nino melanda kem Liverpool!

"BUargggghhhhhhhh!!!! Bosannnnnnya!"




" aku nak blah ahhh!"




"Uik ai! nak pi mana tu, aku baru mai sini, ko nak blah pulak...mentang mentang lah aku tak jambu macam ko!"



JANGAN ADA YANG NAK UGUT BUNUH TORRES SUDAH..

Ha ha! Tang ugut ugut tu biarlah penyokong SETAN jer amalkan, sebagai sebuah pasukan yang dah biasa dilanda badai sejak bertahun tahun lamanya, penyokong Liverpool perlu rasional. Seperti Alonso jugak sebelum ini, Torres jugak seorang pemain bola profesional sama ada dia mencintai Liverpool atau tidak pasti mereka ada matlamat dalam kerier untuk dicapai. Lagi pon kelab bukan seperti negara yang mana pemain menjadi hak milik negara, kekal sampai pencen. Jadi sebagai pemain profesional dia berhak bermain dimana mana sahaja dia mahu. 

Tidak disangkalkan Torres adalah kekuatan Liverpool, baik dari segi jaringan golnya ataupon dari aspek komersialnya untuk Liverpool. Tetapi memandangkan Liverpool terhenti dari mengucup sebarang piala sejak kehadiran Torres. Istilah YNWA harus diguna pakai kan. Teruskan perjuangan. ambil saja yang positif, kalau melihat kepada fakta ini, Maksudnya dizaman penyerang hancai macam Cisse pon kita boleh menang piala, apa lah ertinya sangat dengan berbakul bakul gol dari Torres sedangkan kita tak memenangi apa apa? 

Dengan kembalinya Daglish dan pembantu yang bagus, pembelian suarez.... dapat rasakan NESV punyai strategi yang agak baik. Sebagai pendapat peribadi, pemain muda dari akedemi Liverpool seharusnya diberi peluang yang lebih. Kalau Liverpool boleh menghasilkan Gerrad kenapa Gerrad kedua tidak boleh dihasilkan?


Berbalik kepada Torres. Apa yang dikesalkan adalah waktu untuk dia melangkah keluar tidak sesuai langsong! Ia seperti menikam Liverpool dari belakang. Mahu keluar itu haknya, tetapi keluarlah  ikut pintu depan, bukan pintu belakang belakang. Dia seharusnya menunggu sehingga musim berakhir, itu yang sepatutnya. Ya mungkin Liverpool punya wang yang banyak dari hasil penjualan Torres tetapi Liverpool pasti tidak punya masa untuk mencari pengantinya.

Keduanya destinasinya, Chelsea bukanlah distinasi yang sepatunya Torres pilih, Kalau CL sebagai alasanya kedudukan Chelsea jugak tidaklah terlalu terjamin pon. Dengan hanya 9 mata dipisahkan dari Liverpool seharusnya Torres berjuang untuk memintas Chelsea bukanya menguatkan Chelsea yang dah suam suam kuku tu. Seharusnya dia menunggu sehingga tamat musim. Dan musim depan pastinya dia mendapat pelawaan, mungkin dari Real Madrid atau Bercelona yang bukan sahaja berkira kira  untuk layak ke CL tetapi juga berpeluang memenanginya. Bukan seperti Chelsea yang sentiasa berjaya ke CL tetapi hanya bertemankan mimpi untuk mendakap CL sejak sekian lama.

Boleh jadi Torres pergi atau tidak. Selagi tidak ada berita rasmi, selagi itulah Torres adalah pemain Liverpool. Aku tak mau terlalu Emotional sangat, tetapi perasaan aku sekarang seperti  melihat Owen meninggalkan Liverpool dulu. Apakah kita akan lihat Lebai malang sekali lagi?

Alonso belum menjadi juara lagi, boleh jadi tahun ini juga tidak, dua tiga tahun lagi mungkin dijual dan kemudian tiada siapa ingat dia dulu bekas player Real Madrid....tanya lah Steve Mc Manaman kalau tak percaya hehehe

Owen juga belum menjadi juara lagi, tahun ini mungkin ya...tapi adakah dia akan disanjung sebagai wira? Yang pasti tidak!! hehe!



Ini situasi Torres sekarang, Mari kita lihat apa berlaku tidak lama lagi




"Wopssssss!"



3 comments:

sale_ehs gerrard said...

Aku sokong pendapat ko. Kalau nak pergi pun, pergi le selain kelab BPL. Nak sangat rasa juara, dah tentu le Barca & real. Kalau chelsea, kelab ni pun jambatan dah bergegar & goyang.

Aku takut kalau dia keluar, dia bukan saja macam owen, malah juga mcm mascherano yang hanya jd pemerhati je. lepas tu menyesal.

Aku harap, kalau dia nak bla pun, tungguler habis musim. try dl partner dgn suarez. Ngam ke x. sabo2 ye la pun.

Mat Ganu said...

betul jugak kn...tp tiada player lain sehebat torres...YNWA

MCM said...

Yer...memang pasti..dia akan mengalami nasib seperti Owen, Masarano..atau lebih malang lagi