Monday, August 23, 2010

ANTARA KEKALAHAN TERAWAL! TAPI....

 Liverpool mengalami kekalahan yang awal! Tapi apa pon ianya tetap lebih baik dari musim lepas yang mana kita kalah pada game yang pertama. 

Episode malang Terus masih menghantui Liverpool. Tanpa Joe Cole, Liverpool kembali bermain secara negative, hampir keseluruhan player Liverpool adalah player yang sama seperti pada musim lepas.Yang mana penuh dengan semangat negative.

Kesilapan pertama Pakcik Roy adalah meletakan kepercayaan terus pada Lucas! Sunguh tak paham aku, apa ada beza ker tgk kat TV ngan tengok kat Stadium?! Aku Tengok seperti biasa, Lucas adalah Lucas, hodoh sungguh perkhidmatanya diatas padang! Lupakan Macherano yang tak setia tu! Kenapa tak dimasukan Poulsen ?

Kesilapan kedua
Meletakan 3 pemain pertahanan tengah, apasal tak masukan Aurelio ataupon Kelly disebelah kiri? Kombinasi seperti ini adalah satu kombinasi yang negative, kita tak punyai pemain pertahanan yang bleh mengerakan serangan dari sebelah kiri.

Aku rasa Jovanovic disebelah kiri kurang menjadi, aku lebih senang kalau maxi yang ada kat situ, Jovanovic harus diletakan kedepan sebagai penyerang. Mungkin dia agak tumpul. Tapi kesabaran mungkin boleh membantu disini, tunggu saja hasilnya. Pada aku sudah cukup cukuplah kita menumpulkan penyerang kita yang diasuh untuk jadi pemaian sayap.


Torres belum benar benar bersedia, dia seharusnya masuk untuk separuh masa kedua saja. Apa kata cuba kombinasi antara babel dan ngog dihadapan, memandang kedua duanya dalam keadaan perform. Tak salah mencuba.

Pada aku jangan lah terus menunding kepada Pak cik Roy atas kekalahan ini, yang pastinya memang sukar membuang ideologi Rafa dalam permaianan Liverpool, untuk tempoh masa terdekat ini. Contoh paling dekat, boleh kita lihat pada pasukan Fulham. Aku dapat rasakan Pak cik Roy masih lagi pengurus pasukan tu bukanya mark hughes apabila melihat pada aksi pemaian Fulham menentang pasukan Setan! Terus terang aku katakan Liverpool bermain seperti pengurusnya ketika ini adalah Rafa Benitez..woooo spookyyy kan! Tapi itulah kenyataanya!

Secara adil mungkin kita memerlukan 5 atau 6 perlawanan lagi untuk menilai prestasi sebenar Liverpool dalam liga, memandangkan kita bertemu dua pasukan kuat berturut turut. Jadi tarik nafas panjang panjang. Syukurlah kita dibulan puasa. pekakan telingga dan belajar besabar, 

SEKIAN.

0 comments: