Sunday, May 9, 2010

ANTARA ANGIN...BELUM KENTUT DAH BUSUK!

Tajuk pun dah cukup merepek..

Jadi suka hati aku nak merepek gak... Musim belum berakhir tapi dah terlampau banyak khabar angin yang tersebar sana dan sini, ada yang wangi dan ada yang busuk bagaikan bauan kentut, tapi apa pon khabar angin tetap khabar angin, bagaikan angin kentut yang berlalu setelah menyelinap di segenap ruang lubang hidung... maka yang tinggal hanyalah di angin lalu...

ANTARA BENITEZ DAN TORRES


Bau kentut dari media mengatakan Torres memberi syarat, pilih dia atau benitez, berikutan perbalahanya terhadap rafa sebelum ini.

Secara jelas 100 peratus aku dengan yakin semudah ABC membuat pilihan, aku akan pilih Torres berbanding Benitez, 

kerana apa?

Kerana, mencari pengurus lebih mudah berbanding mencari penyerang yang ada standart seperti Torres, kalau penyerang tumpul mcm Voronin atau half striker mcm kuyt tu lain cerita lah, nak carik yang tulen tu susah k....

Untuk pengurus lak, seperti kita sasarkan keupayaan Liverpool mampu untuk memperolehi pengurus seperti Martin Oh neal, ataupon lebih mudah Rajagopal pon ok... bukan susah pon, yang penting penilaiaan yang tepat, bukan mengeluarkan key player pada saat saat Liverpool memerlukan kemenangan, itu bodoh namanya!.

Dan pemain seperti Torres ada pengikutnya sendiri, Aku percaya masih ada peminat Atlet Teko Madrid masih menyokong Torres dari jauh, seperti juga beckham yang menambah penyokong setan merah dengan secara mendadak dikalangan para aweks. Ada setengah tak tau pon siapa pengurus Setan Merah berbanding Abang Beckham dorang sendiri! Ya penjualan jersey Liverpool boleh menambah pendapatan kelab.
Orang akan membeli jersey tertera nama pemain pujaan mereka. Tak siapa nak pakai jersey yang ada nama pengurus walau sehabat mana pon mereka! Lebih lebih lagi kalau pengurus itu perutnya boroi dan jarang tersenyum!

Ini pendapat umum tanpa mengambil kira pendapat secara profesional akibat pampasan yang bakal dikeluarkan Liverpool atau sebagainya berkenaan dengan kewangan Liverpool k.


ANTARA HAI ATAU BYE BYE GERRAD

Antara bau kentut yang sama busuk, Gerrad dalam persimpangan mahu kekal atau berpindah kekelab lain.

Secara berat hati aku menyatakan sama ada dia keluar atau tidak, aku tak kisah, memandangkan tahap KPI dia dibawah tahap sedar, mungkin dia perlu ambil angin baru, dan aku berharap dia membawa sekali KPI dia yang rendah dalam team yang bakal dia main nanti.

Antara pasukan curang atau pasukan yang tak real

" im coming bro!"

Aku rasa lebih baik dia ke La la la....Liga, dari menerima lamaran pasukan EPL, lebih lebih lagi pasukan si curang walaupon ada angin kentut memberi perkhabaran rumah tangga Gerrad sedang bergolak, harap dia tak naik satu kapal ngan Cole dan Terry. 


ANTARA CARAHGER,OWEN, LIVERPOOL DAN ENGLAND 


bau kentut yang ni tak busuk sangat, 
tapi still ada impak maksima, eh silap impak minimum saja, 
yang berusaha dari awal musim ialah owen, tapi yang dapat adalah Carragher. Wake up call dari Capello benar benar menguji minda. Carragher juga dibawah tahap sedarnya musim ini, walaupon tak seteruk Gerrad, ini berita baik buat dia, tapi Kontraknya bersama Liverpool di penghujungnya. 

Apa mungkin Benitez dan peminat Liverpool tak nampak apa yang capello nampak?
Ya kita nampak kuda tua.

Dan Capello nampak kuda tua penuh semangat juang, dan mungkin pemain paling berdisplin di England ini (karekter faveret Capello ni!)

Sebagai penyokong Liverpool aku harap kontraknya disambung, walaupon bukan sebagai pemaian utama dia perlu ada dalam pasukan untuk dua atau tiga tahun lagi mungkin...


ANTARA JOE COLE DAN CHAMPION LEAGUE


Ini Pemain yang sedang dikejar oleh Liverpool sekarang ni, Maaflah tolong lah cari lah pemain lain, dia dah bilang mahu bermain dipentas eropah, dan meminta gaji yang banyakkk (ehem, macam lah ko dapat main pon kalau dalam team pon, salah seorang pemain tak sedar diri he he), Jadi pada Cole selamat memarketingkan diri...


3 comments:

aremierulez/Amirul said...

yeah. aku pun rasa tak payah la membazir amik joe cole ni...

Kentut said...

oit!! apa ni guna nama aku. bak royalti. heh heh.

Anonymous said...

porn [url=http://pornushi.ru/english-version/gay-sex/gianna-michaels-big-tits-at-work.htm]gianna michaels big tits at work[/url]