ANTARA BULI DAN KENA BULI LAGI





Line up yang tewas dengan pasukan burung hantu

Masa tengok line up ni aku rasa BR mungkin  terkena penyakit Rafa dulu... Aku pon tak pasti kenapa, memandangkan Liverpool penuh dengan sejarah dan nampak gaya BR seperti cuba mengolah semangat Shankly dulu dalam membina Liverpool, sepatutnya dia tengok juga sejarah yang membuatkan Liverpool jatuh terduduk, Tak perlu jauh, sekurangnya di era Rafa pon sudah memadai....Dan inilah penyakitnya.... Eksperimen yang bukan bukan...

Sturidge, Suarez, Sterling dan Borini dihimpunkan sekali gus, Wow nampak gaya macam Liverpool cuba meledak 10 gol dalam satu perlawanan... Masalahnya ditengah pula pucuk muda dan anak ikan yang selalu kene buli ditengah padang dan dibelakangnya di bentengi pucuk muda Wisdom, Coates dan Robinson diketuai oleh abang Skertel yang tak boleh menasihati budak budak dia main baik baik, bahkan dia pon main dah macam budak budak

Secara peribadi aku rasa sama ada Gerrad atau Lucas perlu ada ditengah dan Gerragher patut ada dalam pasukan bersama dengan Skertel 

Aku malas nak ulas pasal Formasi bukan reti pon aku!, Jadi biarlah BR dengan hujah dia sendiri, tapi Overall sepatutnya BR menoleh kembali kenapa Liverpool kalah pada pasukan yang ala ala bola@ragbi ni? dah bederet deret kalahnya baik pada Stoke, Aston villa dan sekarang Oldham

Walau bagaimanapun ini bukanlah tanda nokhtah pada BR,  Pada yang mahu  BR dipecat, mungkin golongan yang sama inginkan Dalglish dipecat dulu.... Aku bukan antara mereka yang mahu BR dipecat walaupon sampai sekarang aku masih pelik kenapa Dalglish dipecat....  Nampaknya sekarang BR punya tugas yang sukar, Piala Liga dah terlepas, Piala Fa pon tak cecah final, nampak gaya penilaian yang boleh dibuat hanya lah kedudukan yang lebih baik di EPL...Piala Eropa? Hermmmmm...........


Tapi sekurang kurangnya BR betul dalam menasihati  pemain mudanya supaya belajar dari Gerrad segera.  Aku sangat sangat memerhatikan perkembanganya dari muda sampailah dah jadi vateran ... dan aku sendiri saksikan seorang lagenda tercipta....Dan yang pasti ciri ciri tu tak ada kat pemain muda Liverpool sekarang, kalau ada pon untuk jadi bagus mungkin ia, nak jadi hebat aku rasa sangsi ....







Selain faktor ketiadaan Gerrad junior, aku rasa ini dia yang Liverpool kurang dalam pasukan




Kuda tua yang banyak pengalaman .......Kalau tak der mamat mamat ni, carling cup pon jangan mimpi nak cium........





Dan tolonglah  jangan benarkan diri dibuli lagi....



 Caragher: Pergi jauh jauh!!! Badan bau bangkai!!




 Agger: Aku penampar muka ko kang!

Gerrad: KGB betul!!

Baubacin: aaaaaaaaa.......



 Gerrad: Kau ingat rambut ko macam mop lantai aku takut ker!



 Agger: Amik ko!!




 Agger: Siapa nak makan siku lagi!!



Caragher: Apahal...........
Mr Bean: .........................................................................



 Bellamy: F@%*&####
Prank Lepat:  mphhhh.....bau petaiiiiii....


 Liverpool:  Ada hati nak lawan ehhhh!!!



Liverpool: Amik ko!!



Caragher: 
woooooo buat buat tak nampak ehhhhhhh!!!


Sekadar gambar besejarah.......


ANTARA ADIL DAN TAK ADIL









Aku pon tak tau kenapa kalau satu satu pengurus baru datang dia akan beli sekali pemain dia dari pasukan lama dia......Selepas Pak cik Roy bawak sekali bodygard lembik dia main dekat Liverpool aku dah jadi menyampah dengan situasi macam ni......Aku tak boleh bayangkan kalau Roberto Martínez jadi pengurus Liverpool dulu....

 Liverpool meneruskan penyakit lama ..dan masih tak sembuh sembuh lagi rupanya...Pengurus Liverpool dari zaman Rafa, Dalglish dan kini BR ada satu simptom menjengelkan iaitu bela anak ikan.....

Ketika zaman Rafa, Lucas yang kita kenal sekarang jauh dari Lucas yang kita kenal dulu, muka dulu pon jauh selebet dari sekarang..... Ya dia sekarang dah macam lagenda....tapi Rafa terpaksa bayar harga yang tinggi untuk Lucas jadi lagenda Liverpool, kalau tak mengenang budi layak makan penampar budak ni hu....

Zaman Dalglish pulak, Handerson dibela dengan penuh kasih sayang, tak kira bermain buruk atau sederhana sayap kanan adalah eksklusif untuk dia walaupon Liverpool main bola senget sebelah...

Cuma bila BR ambil alih, Handerson sudah mula matang tapi masalahnya BR sudah ada anak ikan dia sendiri yang perlu diberi kasih sayang secukupnya.... kalau boleh dia nak beri juga kasih sayang pada joe cole tapi nasib baik Cole dah tua dan tak comel lagi.....


Aku rasa Pengurus yang bagus adalah pengurus yang Berlaku adil pada pemain dia.... Contoh paling terbaru cuba tengok apa dah jadi dengan Special One yang tak berlaku adil dengan Iker casillas.... Dah jadi tak special langsong!


Aku tak kata Allen penyebab Liverpool kalah, sebab pada aku, penyebab utama Liverpool kalah ialah Reina... dekat sini aku rasa BR tak berlaku adil pada Jones......Allen bermain buruk sejak kebelakangan ni...dan kat mata aku dia tak click dengan Gerrad......Untuk berlaku kejam aku kata dia bukan penyebab Liverpool kalah cuma penyebab Liverpool bermain buruk, lembab dan tumpul......


Dan untuk berlaku adil juga memandangkan situasi Lucas dan handerson dulu, aku tak rasa BR perlu bakul sampahkan Allen, perkara paling afdal ialah bangku simpanan kan dia  dan turunkan sekali sekala sampai dia jadi Xavi version Liverpool macam BR kehendaki ....erghhh...


ANTARA SUAREZ DAN TANGAN


 Bola tangan!??





 Maradona pon tak berani bikin terang terangan macam Suarez bikin!!





Seperti mana penyerang yang punyai style poyo poyo setelah score gol, seperti shrek yang mendepa tangan seperti kate winslate dalam titanic.... seperti tu juga lah Suarez yang mencium nadi tanganya ....




Evra si negro pon sangat kepingin dengan sentuhan dari jemari tangan Suarez







katakanlah apa sahaja tentang Suarez dan tangan ajaib nya.......

sekurang kurangnya dia berusaha dengan tanganya sendiri...

berbanding puak puak setan kat sana yang bergantung dengan 

tangan tangan ghaib






Akhir kata....




NAH!







ANTARA SUAREZ DAN STURRIDGE

 Magnet gol!!


 Selamat tahun baru..... 



Nampaknya Liverpool mengakhiri 2012 dan memulakan 2013 dengan cemerlang

Suarez pon dah jadi cemerlang...dia dah banyak belajar dari musim lepas ...main dah tak banyak komplain ....dan yang paling bagus dia tak main jatuh jatuh lagi setelah dia sedar dia tak boleh tandingi Ashley Young.....



Gol gol Liverpool ketika menentang Sunderland adalah gol yang selama ni Liverpool tak berjaya lakukan, mungkin ada satu dua yang aku tak perasan antara contoh lain sebelum ni adalah  gol ketika lawan Newcastle...

Aku pon tak pasti kenapa....Sama ada Gerrad tak berpeluang atau BR yang tak benarkan bagi Gerrad melakukan hantaran hantaran jauh bagi meminimumkan kesilapan .....Tapi  masalahnya inilah yang Liverpool perlukan, Killer Pass...Pekejadah nak sangat main hantar kiri kanan tengah belakang balik tengah pastu ke  keeper balik,  pastu kepeer tendang kelaut biru ..

Pemain pertahanan lawan memang senyum sokmo lah kalau macam ni, banyak masa dorang nak turun balik  regroup untuk bertahan ......

Sterling harus lebih tajam...dah banyak kali aku tengok dia tendang bola macam orang tak cukup makan...lembik tak bermaya...mungkin masih remaja kot, otot otot belum kental lagi






Tadaaaaa!!! No 15 sudah datang......

Sorang lagi negro main sebelah Suarez, kalau evra monyet gatal mulut lagi, biar mat disko ni pelempang muka dia hu!


Teruja.....!!???

Jawabnya TIDAK!



Melihat pada patern Liverpool, pembelian BR sebelum ni, agak suam suam kuku.... Kalau tak kerana Tagline untuk pembangunan masa depan Liverpool, aku boleh kata ini sesuatu yang gagal....

Assaidi dan Sahin mungkin sekarang tengah injured tapi melihat pada perlawanan mereka sebelum  ini rasanya seperti suatu misteri ...... Lebih lebih lagi Sahin.....kalaulah ditakdirkan dulu Liverpool boleh membeli Sahin aku dapat melihat bau bau bacang satu lagi jelmaan Aqualani bakal tercipta.....


Jadi berbalik pada Sturridge,  aku letak ketepi dulu perasaan gembira aku...



 Pertama sekali aku tak suka mamat ni, dengar cerita dia seorang yang tamak haloba... Bukan dengar! Memang aku tengok dengan mata kepala aku sendiri.... walaupon dia main dengan pasukan Torres Fc, aku sendiri tengok boleh menyumpah dengan ketamakan dia ni ha ha!



 Keduanya dia pemain England..... Aku dah hilang keyakinan dengan pemain England,

Ketiga .......pasal dia kuat berjoget rongeng lepas score.... aku tak ingat sejak peter Crouch joget robot dulu ( aku terkejut masa dia joget dulu, ingatkan kena sawan babi! ) ada tak mana mana pemain Liverpool buat perangai gedik berjoget lepas score...


Oppa Ketiak Style....



 Tapi...!!

sekali lagi diulang

TAPI......

Memandangkan Liverpool tak ada senior striker aku kira lebih baik dari tak ada langsong.....



Lagi satu, aku tengok gol yang dia score tak cantik...yer TAK CANTIK biasa dan simple.  Tapi ini sesuatu yang bagus untuk Liverpool.....Inilah penyerang yang Liverpool perlukan sekarang tak kisah score macam mana pon, bahkan kalau boleh score ngan bontot pon dah kira bagus. Sebabnya kerja score gol CANTIK CANTIK serahkan saja pada Suarez!


Dia tamak!! ?
No problem!!....

Kat Jambantan Runtuh mungkin sesuatu atitude yang teruk, lebih lebih lagi bermain dengan penyerang jambu yang mengada ngada tu, tapi kat Liverpool tak ada  masalah.....
pasal pemain Liverpool yang lain semuanya segan silu nak duduk kat dalam area kotak penalti, susah nak score dari jarak dekat kata Agger dan Shelvey