ANTARA SURAM DAN GIRANG


Suasana suram untuk mengenang mangsa Tsunami....dan juga mengenang penyingkiran Liverpool dalam europa cup....





 Sikatek kene bentes maka bermula lah segalanya....






"Tak ler, kat luar kotak jer"....
kata Miereless penuh kejujuran


"Eiii!! Tak tak lah REff!! Kat dalam lah!! Tengok ada kesan ibu jari kat situ!!!"
Lucas mengelabah dengan kejujuran Mireless

"Apa kejadah ko ni botak! Aku nak bagi penalti ko tak mau?!"
marah reff penuh kasih sayang pada Liverpool.






Kuyt menyepak tepat walaupon bermata lebam!





Ok time celebrate dodoi anak Lucas beramai ramai...




"Sorry boss belum dapat score"

"Tak dapat score... rileks ahhh Torres pon tak score lagi apa"
Daglish menyedapkan hati Carrol akibat ketumpulanya





Tak best la menang penalti je, Suarez akhirnya membangakan Liverpool dengan gol ajaibnya lagi...





Ok dodoi anak lagi






Akhirnya Daglish tersenyum kembali




Akhirnya kita jumpa pengadil yang menyokong Liverpool heh heee!






 "Apa ni kene beli ker ko ni!!"
mensah marah penuh kesundaland

" ko ingat aku bodo macam ko ker?"
balas Reff dengan jujurnya


ANTARA GABRA DAN BRAGA

 "Adoi! Sakit!! Terlangar Gunung!"

Tersungkur di Braga!?
Ternyata player Liverpool gabra bermain di stadium yang berbukit ganang begitu...






"Amacam bro malu kita kalah ngan Braga ni!, Geng Setan, Geng Curang ngan Geng Bas Sekolah semua kutuk kita ni!"


"Rileks ahh, Geng Bas Sekolah awal-awal lagi dah kene sekolah ngan Braga ni, Lagi pon kalau Geng Setan ngan Geng Curang kita boleh kalahkan, apasal kita tak leh kalahkan Braga ni!"

Daglish berkata dengan girang dan positifnya




 Oh yer harap harap Daglish tak turunkan line up senget sebelah macam ni lagi ek...

ANTARA SETAN DAN KEMALUAN

Akhirnya Liverpool berjaya membuat Setan Merah dan Penyokong penyokong Setan KeMalu Maluan



Kronologi KeMaluan Setan



Setan kene lauk ngan Chef Suarez...ingatkan kat liga belanda jer kacang macam ni...kat liga inggeris pon senang kene lauk cam ni isk iskkk...



Kemudian Setan sekor ni gembira sakan kerana assis nya berjaya dijaringkan Kuyt!






"GOLLLL!!!"

"Gol kepala otak ko!!? Aku penumbuk kepala otak ko baru tau!"



"Oh salah side rupanya..." Setan kecewa tunduk Kemaluan.....



 Tak per Setan berazam untuk menebus kemaluanya itu.....




Tapi belum sempat Setan memulakan langkah Setan kene sepak.....

"Amik ko setan!!!"
Jerit Caragher penuh semangat sambil menyepak keting Setan penuh dengan sekuat hati



Setan pon mula menyetan BERLARI kearah refree sambil menyebut  "Kasi Merah!! Kasi Merahh"




Refree tak mau kasi kad merah.

 Dan ,Setan tetiba terjelepuk kecewa menangis menepuk nepuk padang kehibaan





Maka
Setan pon menangis dengan ayu nyer sambil berharap pengadil mengubah keputusan.... Tapi ternyata  muka Setan tak cukup menawan,  refree tetap dengan pendirianya





Oleh kerana Kemaluan yang melampau Setan meminta diusung keluar, setan menyambung tangisanya di bilik persalinan





Bapak Setan terkedu.....

"Apa!!!! Kalah lagi!!!! Ni MU ker Wigan ni!???...."
  "Takper, Ini team Setan lah biar aku pasang strategi memerangkap Liverpool kelubang neraka!"




 Tapi apakan daya Perangkap Setan tak menjadi, bahkan Kuyt pulak yang makin menjadi jadi

Kedudukan sudah menjadi 3 telur.....



"Aishh mana Nur Nani yang ayu ni ahhh lama tak nampak?"
Setan Pemalas kehairanan

"Dah keluar lah bongkok! Yang kecoh kecoh tadi tu apa ko buat!? Tido ker?"
marah Setan Curang pada Setan Pemalas

"Ohhh dah kuar.... patut lah kita susah nak score aishhhh!"
Balas Setan Pemalas, memalukan Setan Curang dan dirinya sendiri sekaligus



Setan akhirnya habis iktiar dan mula main macam SETAN


Dah bosan main bola, Ana Rafael mula menyetan

"JOM gaduh!!!"
Jerit Ana Rafael

Skertel yang tak hebat tiba tiba nak tunjuk hebat
"OI! Ko ingat rambut ko kereting aku takut ker!!



Ternyata Setan terus longlai, bahkan dilanyak oleh pemain Liverpool


Suarez mendidik penuh berhemah
"Nasib baik aku tarik rambut ko jer, kalau aku gigit ko, baru ko tau langit tu tinggi ker rendah!"

"Tobat! Tobat! maafkan aku!!"
Ana Rafael merayu rayu minta dilepaskan

 
Oleh kerana hari ini hari jadi King Kenny Maka Setan dibenarkan membawa satu gol pulang sebagai saguhati buat penyejuk hati Setan setan yang kepanasan macam dalam api neraka.






SEBAGAI SAGUHATI JUGA









 "APA 3-1!!!"

Setan pencen terkejut beruk tengok game kat rumah sorang sorang