Monday, August 23, 2010

ANTARA KEKALAHAN TERAWAL! TAPI....

 Liverpool mengalami kekalahan yang awal! Tapi apa pon ianya tetap lebih baik dari musim lepas yang mana kita kalah pada game yang pertama. 

Episode malang Terus masih menghantui Liverpool. Tanpa Joe Cole, Liverpool kembali bermain secara negative, hampir keseluruhan player Liverpool adalah player yang sama seperti pada musim lepas.Yang mana penuh dengan semangat negative.

Kesilapan pertama Pakcik Roy adalah meletakan kepercayaan terus pada Lucas! Sunguh tak paham aku, apa ada beza ker tgk kat TV ngan tengok kat Stadium?! Aku Tengok seperti biasa, Lucas adalah Lucas, hodoh sungguh perkhidmatanya diatas padang! Lupakan Macherano yang tak setia tu! Kenapa tak dimasukan Poulsen ?

Kesilapan kedua
Meletakan 3 pemain pertahanan tengah, apasal tak masukan Aurelio ataupon Kelly disebelah kiri? Kombinasi seperti ini adalah satu kombinasi yang negative, kita tak punyai pemain pertahanan yang bleh mengerakan serangan dari sebelah kiri.

Aku rasa Jovanovic disebelah kiri kurang menjadi, aku lebih senang kalau maxi yang ada kat situ, Jovanovic harus diletakan kedepan sebagai penyerang. Mungkin dia agak tumpul. Tapi kesabaran mungkin boleh membantu disini, tunggu saja hasilnya. Pada aku sudah cukup cukuplah kita menumpulkan penyerang kita yang diasuh untuk jadi pemaian sayap.


Torres belum benar benar bersedia, dia seharusnya masuk untuk separuh masa kedua saja. Apa kata cuba kombinasi antara babel dan ngog dihadapan, memandang kedua duanya dalam keadaan perform. Tak salah mencuba.

Pada aku jangan lah terus menunding kepada Pak cik Roy atas kekalahan ini, yang pastinya memang sukar membuang ideologi Rafa dalam permaianan Liverpool, untuk tempoh masa terdekat ini. Contoh paling dekat, boleh kita lihat pada pasukan Fulham. Aku dapat rasakan Pak cik Roy masih lagi pengurus pasukan tu bukanya mark hughes apabila melihat pada aksi pemaian Fulham menentang pasukan Setan! Terus terang aku katakan Liverpool bermain seperti pengurusnya ketika ini adalah Rafa Benitez..woooo spookyyy kan! Tapi itulah kenyataanya!

Secara adil mungkin kita memerlukan 5 atau 6 perlawanan lagi untuk menilai prestasi sebenar Liverpool dalam liga, memandangkan kita bertemu dua pasukan kuat berturut turut. Jadi tarik nafas panjang panjang. Syukurlah kita dibulan puasa. pekakan telingga dan belajar besabar, 

SEKIAN.

Friday, August 20, 2010

ANTARA PERMULAAN YANG BERSERI!!????




Ya !! Tak percaya ker? Liverpool memulakan  musim ini dengan berseri!! 
Pertama sekali kita dapat pengurus yang berseri, 
Apa lak tak beserinyer?? Korang kalau tengok muka atok, pak cik korang tak rasa beseri ker??
 takan pak long, atok, pak sedara korang muka macam brad pit lak kan.




Dan game yang pertama sekali lagi kita bertemu awal awal dengan gergasi EPL...Opsss ni gergasi pada nama jer... player dia banyak budak tadika yang tak cukup kalsium.


ni lah muka cikgu team tadika tu

"buargha hahahahahaha Liverpool who?!! ohhh team duk tangga ketujuh tu, kita orang bleh lanyak 10 gol la tak der masalah, player kita semua macam lipas kudung dan cute cute blaka semuanya buarghahahahahah!!!"


Dan apa yang kelab tadika ni dapat. Rupa rupanya seri jer!!




1- 1 dan 10 gol yang war war kan hanya omong omong kentut saja... dan satu satunya gol dorang datangnya dari tangan ajaib penjaga gol Liverpool sendiri. Oh alangkah hebatnya pasukan tadika ini!





- Photo by Clive Brunskill/Getty Images Europe

Pepe reina
"Opssss I did it again...!!"

Caragher
"aduh penat aku cam ni...mesti penyokong Liverpool salahkan aku lagi!"




Apa lagi yang beseri seri!! Pastilah key factor kita tahun ni Joe cole! Mahunya tak berseri, orang baru mestilah berseri .... 

Dan ini dia perisa tambahan. Kad merah pada aksi Sulung. Berseri bukan. mana ada team yang menarik untuk diperkatakan melainkan Liverpool, sentiasa ada cerita sensasi

"Apa lah ko ni reff tak gentlemen la, aku baru jer join kelab ni! tak der tolenrasi betul!"

ref jawab
"maaf aku terpengaruh dengan jersey the reds sangat mengancam! maka ini kad merah untuk kau!"


Jadi apa yang beseri lagi

"Tengok handsome tak aku!?"

Ngog meninggalkan nama ngoknya...dia berazam nak jadi pandai! Dengan gol yang makin banyak.



(August 18, 2010
- Photo by Alex Livesey/Getty Images Europe) 
"Aku lagi handsome lah! "
Babel juga berazam untuk tidak lagi membebel dengan menyumbat lebih banyak Gol!
Jadi pada aku...pada semua penyokong Liverpool rileks..Tahun ni kita akan jadi pasukan yang bersinar sinar di medan EPL