Saturday, July 24, 2010

ANTARA YANG PASTI DAN TIDAK

 Ini cerita basi!! Ha Ha sengal sungguh rasanya bila ketiadaan Internet macam duduk dalam gua!!
Dan seperti sedia maklum Sepanyol Juara seperti yang aku idam idam kan.... 
Nampaknya Liverpool berganjak pada saat saat akhir dengan agak cemerlang pembelian pembelian Liverpool nampaknya sangat realistik. Pak cik Roy cuba memberi satu balancing pada team Liverpool. Ya memang, antara mereka yang ada dalam perancangan Liverpool pada awalnya adalah perancangan Rafa tapi aku pasti Rafa sendiri tak mampu mencongak player yang dia beli sendiri.



Pada permulaan kemasukan Jonjo Shelvey agak mengecewakan, dengan nama yang agak agak manja dan muka yang agak pelik aku kurang pasti denganya. Tapi melihat pada gerakan gerakan dalam You tube dia memang ada ala ala pergerakan seperti Gerrad. Ada skill dan suka mengawal permainan. Tapi untuk mengaplikasikan dalam EPL yang macam gelangan Wrestling ni aku tak pasti lah. Tapi bakat memang besar!


Kemudianya Milan Jovanovic, mamat Serbia! Ini pon aku kurang berkenan salah satu sebabnya dia Serbia he he! Kemudian aku melihat aksinya dalam You tube. Dia ganas dan agak tegap. Dia bukan Striker yang bersopan santun macam Torres. Dan aku pasti boleh jadi gandingan baik untuk Torres. Siapa buli Torres dia boleh bantaikan nanti he he





Kemudian dengan tidak diduga  Liverpool berjaya mendapatkan Joe Cole. Bagaimana dengan impianya untuk bermain CL?  Nampaknya ini satu pengorbanan yang besar. Mungkin dia dah sedar, tak guna nak habiskan masa dibangku simpanan dengan mewakili pasukan yang penuh dengan star dan menang banyak piala dengan hanya main kadang kadang jer!
Dari segi penilaiaan aku, Joe Cole adalah pemain yang agak sederhana. Bukan lah seorang yang terlalu gah untuk diperkatakan cuma dalam konteks dan keadaan Liverpool sekarang ini, pembelianya adalah sesuatu yang berbaloi, sekurang kurangnya tak jauh dari tahap yahudi kita yang dah jual kat pasukan curang tu. Aku dapat bayangkan gandingan mantap bersama Aqualani kelak.





Kemudaianya adalah Danny Wilson. Tak banyak yang aku tau pasal mamat ni. Sekurang kurangnya dia pemain muda dan yang penting dia amat meminati Liverpool.
Dan player yang keluar pada aku bukan lah teruk sangat pon, kadang kadang mereka ini adalah pemain terbaik Liverpool dalam keadaan tertentu
 Fabio Aurelio pada aku seorang pemain yang bijak cuma kantoi kerana masalah kecederaanya yang berulang, fizikalnya agak kecil dan dia adalah mangsa tektikal rafa yang bangang!

Yossi Benayoun pada aku pemain yang bagus, seorang pemain yang mantaliti menyerang, seringkali menjaringkan gol gol penyelamat Liverpool dua musim lepas sebelum Rafa jadi lemau, dan dia juga mangsa tektikal rafa. Sekarang dia bersama pasukanya yang sebenar bersama team  Abrahamovic


Emiliano Insua pada aku pemain yang sederhana. Pada aku tahapnya sebenarnya belum layak untuk Liverpool, Rafa aja yang melihat dia sebagai seorang player yang amat bagus. Terlalu cuai, dan lambat turun membantu pertahanan. Dia tak dilahirkan untuk Liverpool tapi aku percaya dia akan berjaya dengan team yang lain.


Dan yang terbaru albert Reira, pemain yang menyedari kapal Liverpool karam, sebenarnya dia nampak Rafa sengaja langar iceberg. Tapi hakikatnya kapal hanya bocor belum karam. Pada aku Reira player yang sangat turun naik, tengelam timbul, dia patut menilai dirinya sendiri, Rafa dan Reira adalah 2 kali 5 he he.


dan ini pemain pemain yang masih kekal sebagai pemain Liverpool yang pada aku lebih teruk berbanding pemain Liverpool dah jual tu

Lucas yang hancai, hermmm statistik terbaru menjadikan Lucas antara pemain yang pernah menjadi kapten Liverpool, cis tercemar sudah. Nampak gayanya mamat sial ni terus bersama Liverpool, ayat apalah yang dia guna pikat pak cik Roy!


Gandingan Sibongok dan sibebal, masih lagi player Liverpool
tak der team nak ker dengan dorang ni? Aduh!



Dua orang masih membisu satu hero satu lagi  penjahat

Torres masih mencongak masa depan, Pujuk dia dan pastikan dia tak mampu dibeli he he.  Mascherano lak  dah tak der ati dengan Liverpool, tolong jual dia!! gantikan dengan player yang lebih bagus dan vesertail. Aku tak rasa dia memberi impak yang sangat bagus seperti mana yang dilakukan Dider Haman dulu, buktinya lihat jer la kekalahan Argentina tu. Bagus sangat ker dia? pergi lah berambos ker Inter tu!



Jadi melihat gandingan pemain Liverpool yang ada sekarang ini aku dapat rasakan Liverpool akan jadi lebih stabil,  dengan syarat Torres masih kekal


cuba bayangkan kalau kalau Liverpool berjaya mendapatkan Klaas Jan Huntelaar dan menambah seorang bek kiri seperti Wayne Bridge. Perghh Liverpool kembali mantap

JADI APAKAH INI PASTI ATAU TIDAK?


 HARAP HARAP PASTI LAH BUARHAHAHAHAHAHAA!!!!!!

6 comments:

si biskut said...

liverpool bkn xbagus,mlh pmainan dowg yang suka membuat hantaran yg laju dan tepat menjadi aset yang myebabkn team lain harus lebih pantas dr dowg..
Tapi rasanya liverpool harus lbh bijak mengawal keghairahan dowg,malah sebelum ini rafa terlalu yakin bodoh dan kurg sedar kelemahan2.Rasanya liverpool bakal menanti masa utk jadi sperti kelab sunderland @ kelab blackpool yg suatu masa dulu(sblm epl diperkenalkan)cukup gah dan mantap.
maaf sbb bg komen sbgi sowg yg bkn pminat liverfool.ouch!

INDRA QIRANA said...

mana ada pasukan yang tak yakin dan tak ada keghairahan, semua pasukan mesti mempunyai keyakinan pada tahap mereka sendiri. Top 4 mesti nak jadi juara liga, top 5 sampai 8 mesti berazam dapat masuk CL, begitu yang seterusnya...

tang rafa ya dia memang menyusahkan Liverpool.Dan dia pon dah pon berambos membawa segala kebodohanya ke Itali jangan kaitkan dia lagi ngan Liverpool he he

Pada musim ini, target mesti nak jadi juara, soal yakin tak yakin ghairah tak ghairah, mampu tak mampu itu soal kedua yang pasti kene ghairah dan yakin.

Tapi yang pasti target peminat Liverpool mengharapkan satu permainan yang lebih positif tanpa rotation player yang melampau2

aku juga yakin Liverpool tak akan jadi macam Sunderland ataupon Blackpool

he he tak salah pon tak sokong Liverpool, Kalau nak kan satu pasukan sebagai kesukaan carilah pasukan yang mempunyai semangat, jati diri dan maruah yang tinggi

sebab tu aku penyokong Liverpool.

seabiscuit said...

dan pasukan mana yang tak punya semangat,jati diri dan maruah yg tinggi...??di BPL?tak kan ada...Di LM?harus pasti ada...

INDRA QIRANA said...

seabiscuit: yup mesti ada, Selangor dan kelantan (buat ketika inilah), masalahnya aku tak bleh tukar kenegerian aku he he....

Anonymous said...

Genial fill someone in on and this post helped me alot in my college assignement. Thanks you on your information.

hell7even said...

kelantan?i like..hehehe