ANTARA YANG PASTI DAN TIDAK

 Ini cerita basi!! Ha Ha sengal sungguh rasanya bila ketiadaan Internet macam duduk dalam gua!!
Dan seperti sedia maklum Sepanyol Juara seperti yang aku idam idam kan.... 
Nampaknya Liverpool berganjak pada saat saat akhir dengan agak cemerlang pembelian pembelian Liverpool nampaknya sangat realistik. Pak cik Roy cuba memberi satu balancing pada team Liverpool. Ya memang, antara mereka yang ada dalam perancangan Liverpool pada awalnya adalah perancangan Rafa tapi aku pasti Rafa sendiri tak mampu mencongak player yang dia beli sendiri.



Pada permulaan kemasukan Jonjo Shelvey agak mengecewakan, dengan nama yang agak agak manja dan muka yang agak pelik aku kurang pasti denganya. Tapi melihat pada gerakan gerakan dalam You tube dia memang ada ala ala pergerakan seperti Gerrad. Ada skill dan suka mengawal permainan. Tapi untuk mengaplikasikan dalam EPL yang macam gelangan Wrestling ni aku tak pasti lah. Tapi bakat memang besar!


Kemudianya Milan Jovanovic, mamat Serbia! Ini pon aku kurang berkenan salah satu sebabnya dia Serbia he he! Kemudian aku melihat aksinya dalam You tube. Dia ganas dan agak tegap. Dia bukan Striker yang bersopan santun macam Torres. Dan aku pasti boleh jadi gandingan baik untuk Torres. Siapa buli Torres dia boleh bantaikan nanti he he





Kemudian dengan tidak diduga  Liverpool berjaya mendapatkan Joe Cole. Bagaimana dengan impianya untuk bermain CL?  Nampaknya ini satu pengorbanan yang besar. Mungkin dia dah sedar, tak guna nak habiskan masa dibangku simpanan dengan mewakili pasukan yang penuh dengan star dan menang banyak piala dengan hanya main kadang kadang jer!
Dari segi penilaiaan aku, Joe Cole adalah pemain yang agak sederhana. Bukan lah seorang yang terlalu gah untuk diperkatakan cuma dalam konteks dan keadaan Liverpool sekarang ini, pembelianya adalah sesuatu yang berbaloi, sekurang kurangnya tak jauh dari tahap yahudi kita yang dah jual kat pasukan curang tu. Aku dapat bayangkan gandingan mantap bersama Aqualani kelak.





Kemudaianya adalah Danny Wilson. Tak banyak yang aku tau pasal mamat ni. Sekurang kurangnya dia pemain muda dan yang penting dia amat meminati Liverpool.
Dan player yang keluar pada aku bukan lah teruk sangat pon, kadang kadang mereka ini adalah pemain terbaik Liverpool dalam keadaan tertentu
 Fabio Aurelio pada aku seorang pemain yang bijak cuma kantoi kerana masalah kecederaanya yang berulang, fizikalnya agak kecil dan dia adalah mangsa tektikal rafa yang bangang!

Yossi Benayoun pada aku pemain yang bagus, seorang pemain yang mantaliti menyerang, seringkali menjaringkan gol gol penyelamat Liverpool dua musim lepas sebelum Rafa jadi lemau, dan dia juga mangsa tektikal rafa. Sekarang dia bersama pasukanya yang sebenar bersama team  Abrahamovic


Emiliano Insua pada aku pemain yang sederhana. Pada aku tahapnya sebenarnya belum layak untuk Liverpool, Rafa aja yang melihat dia sebagai seorang player yang amat bagus. Terlalu cuai, dan lambat turun membantu pertahanan. Dia tak dilahirkan untuk Liverpool tapi aku percaya dia akan berjaya dengan team yang lain.


Dan yang terbaru albert Reira, pemain yang menyedari kapal Liverpool karam, sebenarnya dia nampak Rafa sengaja langar iceberg. Tapi hakikatnya kapal hanya bocor belum karam. Pada aku Reira player yang sangat turun naik, tengelam timbul, dia patut menilai dirinya sendiri, Rafa dan Reira adalah 2 kali 5 he he.


dan ini pemain pemain yang masih kekal sebagai pemain Liverpool yang pada aku lebih teruk berbanding pemain Liverpool dah jual tu

Lucas yang hancai, hermmm statistik terbaru menjadikan Lucas antara pemain yang pernah menjadi kapten Liverpool, cis tercemar sudah. Nampak gayanya mamat sial ni terus bersama Liverpool, ayat apalah yang dia guna pikat pak cik Roy!


Gandingan Sibongok dan sibebal, masih lagi player Liverpool
tak der team nak ker dengan dorang ni? Aduh!



Dua orang masih membisu satu hero satu lagi  penjahat

Torres masih mencongak masa depan, Pujuk dia dan pastikan dia tak mampu dibeli he he.  Mascherano lak  dah tak der ati dengan Liverpool, tolong jual dia!! gantikan dengan player yang lebih bagus dan vesertail. Aku tak rasa dia memberi impak yang sangat bagus seperti mana yang dilakukan Dider Haman dulu, buktinya lihat jer la kekalahan Argentina tu. Bagus sangat ker dia? pergi lah berambos ker Inter tu!



Jadi melihat gandingan pemain Liverpool yang ada sekarang ini aku dapat rasakan Liverpool akan jadi lebih stabil,  dengan syarat Torres masih kekal


cuba bayangkan kalau kalau Liverpool berjaya mendapatkan Klaas Jan Huntelaar dan menambah seorang bek kiri seperti Wayne Bridge. Perghh Liverpool kembali mantap

JADI APAKAH INI PASTI ATAU TIDAK?


 HARAP HARAP PASTI LAH BUARHAHAHAHAHAHAA!!!!!!

ANTARA BELANDA, SEPANYOL DAN ENGLAND

Antara England, Belanda, dan Sepanyol..... 

Semua sedia maklum Belanda dan Sepanyol yang layak ke perlawanan Akhir

 Baiklah sebelum kita berbicara tentang England yang bonggok tu mari berbicara tentang Sepanyol dan Belanda

Ramai tumpuan sekarang melibatkan Villa dan Sneijder

Pada aku tak berapa minat melihat pertarungan pagi ini melibatkan antara dua pemain ini.

Ianya bukan single match! buat pertama kalinya aku katakan ianya perlawanan Bergu

dan pasangan itu ialah

Sneijder dan Robben



vs 

 Xavi dan Iniesta






Sorry Villa...memang dia Penjaring terbanyak dan sangat penting dalam kejayaan Sepanyol, 

Tapi aku lebih suka menumpukan pada kekuatan jentera tengah kedua dua pasukan....

Ianya menjadi sangat jelas kalau kita beralih pada pasukan Belanda!
Duo ini sangat dominan, Sneijder dan Robben

Van pussy!!
 lupakan ajer penuntut tadika dari meriam kontot sekor ni! Buat menyemak jo baik amik Babel ha ha!



Tapi apa kene mengena dengan England?


Ha Ha aku masih belum puas mengutuk Rooney dan pasukan Englandnya dengan cerita fantasi mereka ..... Perlawanan akhir pagi nanti tak ada kene mengena dengan England sebenarnya!...

Opsssss!! Maafkan aku sebenarnya ADA!!! Dan England jadi penting untuk perlawanan ini nanti


England dah hantar James Bond mereka untuk mengawal perlawanan pagi nanti

 James Bond dengan pasukan kegemaranya ( belajar menyamar dan membunuh dari setan merah )


Biasa ahhh bukan FIFA lah kalau tak ada kontroversi. Aku dapat bayangkan Sepp Blatter tengah bersorak kegembiraan dalam stadium clossuem bersorak memperbodohkan pejuang pejuang spartucus dengan undang undang benggong dalam perlawan itu nanti ( terlampau lampau lak aku ni!) Dan perlawanan pagi nanti akan disajikan dengan adegan adegan kontroversi. Ini predict aku yang berupa peribadi memandangkan mutu pengadilan Liga Inggeris memang hodoh! He he lihat jer la perlawanan melibatkan Setan Merah dan segala keputusanya!



Nah!!! Siapa cakap England tak layak ke perlawanan Akhir!!

Rooney, sorry lah ko tu Losser! Dan sekarang wira sebenar England dah muncul. Piala dunia skang dibawah kaki Howard Webb!!!

ANTARA KUYT DAN TORRES

Akhirnya seperti yang ku hajati terhidang sudah....

Kita akan ada Juara Baru Piala Dunia, Tak der lagi nama nama pasukan yang sama dan meloyakan tekak 4 tahun sekali, baik Jerman, Brazil atau Itali (ehem...aku memang benci dengan semua team ni he he)

Perlawanan akhir tahun ini nampaknya paling santai untuk aku, mana mana pasukan yang menang antara Sepanyol atau Belanda aku tak kisah, 

Pasal kedua duanya ada pemain Liverpool

Bezanya Kuyt antara penyumbang kejayaan Belanda, dan Torres beraksi sumbang untuk Piala Dunia kali ni 



ANTARA SINGA GARANG DAN SINGA NGANTUK


Mengaum atau menguap!!?

Inilah umpamanya nasib singa malang dari Eropah iaitu England, ingatkan mengaum kegarangan rupanya tengah menguap kemalasan!! Aku tau ramai antara kita termasuk penyokong Liverpool adalah penyokong England 

Aku juga bekas penyokong England kecuali pada tahun 1994, bila pasukan singa tidak dapat layak ke Piala Dunia!! Ketika itu aku berlaku curang dengan buat hubungan dengan pasukan  Itali, bersama pemain favorute aku si tocang ajaib, Roberto baggio yang akhirnya mengecewakan aku dengan tendangan penalti yang sangat busuk!

Selain daripada tahun itu tiada pasukan yang aku sokong kecuali England, Sehinggalah akhirnya Piala Dunia menjelma kembali kat negara paling binggit didunia iaitu Afrika selatan, pada ketika ini tekak aku sungguh loya nak menyokong team ni!! 

Pasal apa!!?

Bukan! bukan pasal England asik kalah jer dan tak menang tournament besar. Aku penyokong Liverpool dah biasa sangat dah benda ni, aku bukan penyokong setan merah yang asik nak menang tu jer Buarghahahahaha!!!
nak tau pasal apa!!?

pasal mamat busuk sekor ni!
 Tengok jer la ehhh!

Tak pernah dalam sejarah England tiba tiba nasib England hanya bergantung pada sekor pemain jer! Lebih lebih lagi pemain itu dari daerah beranaknya setan setan merah ni! Biasanya England memerlukan lebih dari satu pemain untuk menjadi tongak kejayaan England

Dengan reputasinya dengan gol golnya yang banyak la sangat kononya dalam epl tu, maka Piala Dunia tiba tiba terletak dikaki Ronney!! Maka melalak lalak lah tabloid, FA, dan bekas bekas player England termasuk Pengurus England dan pemain England sendiri yang mengatakan tanpa Rooney peluang mereka tipis!!
TAIKLAH!!

Pernah dengar Jaguh Kampung inilah spisesnya jaguh kampung!!


"well England kalah, apa masalah besarnya!!? Aku masih lagi Pengurus England"




 " Tengok aku masih lagi lantang dan bergaya!!"
"Rooney cuma tak bernasib baik saja" itu bicara depan kamera!! 

jangan terpedaya!!
ini dialog sebenarnya

"Aku ingatkan hang teror!! Pirahhhhh!!!"

"Pegi main sendirilah" 



Ini cerita sebelum piala dunia, apakah yang terjadi pada the choosen one England sekor ni!!



"Tongangggg!!! tongannngggg!!!!" peminum carlsberg yang sebenar!!


dan sekarang Rooney sudah kembali ke kampung halaman tercinta tempat dimana dia akan score banyak banyak.... kembali ke sifat semulajadinya



cari kutu!!