ANTARA SERIGALA DAN HARIMAU


"Liverpool menang akhirnya"...Aku harap tak sebut macam ni lagi,

Aku nak sentiasa sebut pada tiap hari isnin

"Liverpool menang lagi!!"

perlawanan seterusnya adalah menentang Aston Villa Angerik

JADI!

Aku harap harap benitez dah abis buat experiment...




Gerrad perlu terus menjadi penyerang kedua dibelakang Tores kalau nak menang selalu macam sabtu lepas la......



soal menggerakan serangan kita dah ada Aqualani yang agak meyakinkan



Aku nampak satu tekanan pada Lucas,
Dia cuba buktikan sesuatu pada Aqualani, permainan Aqualani agak mirip seperti Lucas rupanya,  patut lah Lucas lebih takutkan kehadiran Aqualani berbanding Mecharano.



Bahkan Aqualani lebih bagus dari segala segi, Patutlah Lucas bermain agak baik semalam walaupun masih tak cukup bagus pada aku la...


apa pun ianya bagus untuk Liverpool! Semoga si Lucas tu bekerja lebih keras lagi untuk jadi teror!

TAPI!!

Kita dah mengalahkan Serigala tapi Setan Merah dah kalahkan Harimau!!!

Jadi Liverpool mesti jadi lebih kuat!!

KUAT!

dan

KUAT!!!!!!!







ANTARA 7 AJAIBAN LIVERPOOL


segalanya bermula disini...

Magnificent 7

Liverpool telah kalah pada pasukan tercorot liga semalam...


Murung nampakkk....

Secara jelas peluang Liverpool telah pun tamat untuk memenangi liga untuk tahun ni, walaupun aku penyokong Liverpool itu yang amat jelas sekarang KECUALI

TERAJANG KELUAR  BENITEZ YANG BONGOK ITU DENGAN TAKTIK TAKTIK BONGOKNYA ITU  BERAMBUS DARI LIVERPOOL

Aku berkata begini kerana selagi kita mempunyai pengurus bebal seperti Benitez selagi itulah Liverpool akan gagal...aku rasa memang niat hati benitez untuk dipecat supaya dapat habuan 20 juta dan bawak balik ke Sepanyol...

sangat tidak menyeronokan mempunyai pengurus yang tak mesra penguna macam dia ni..




mari kita lihat senarai kebongokanya semalam

1. Aku rasa dia akan simpan Aqualani sehingga tamat liga dengan alasan menjaga aqualani dari sebarang kecederaan !! Aku rasa Aqualani sekarang mungkin tengah befikir dan kehairanan "Ingat aku ni barang antik ker! beli mahal tapi tak leh pakai simpan buat perhiasan jer!!"

2. Player yang bermain bagus tidak akan diturunkan untuk perlawanan seterusnya!! SHIT!!! Ini yang terjadi pada Aurelio, Benayoun dan Ngog! Aku tak tau apa alasanya, tapi kalaulah alasanya adalah untuk merehatkan player ini, aku rasa dia memang selayaknya jadi pembantu jurulatih wolves Mick McCarthy  yang merehatkan 10 player utama ketika bertemu SETAN MERAH minggu lepas!

3. Tidak pernah menurukan first 11 untuk line up utama seperti semalam mesti ada rongak mana mana, Liverpool bermain dengan Dosena yang dah 10 tahun tak jejak kaki kat atas padang sedangkan kebanyakan player liverpool sihat walafiat, dan ternyata percaturan tu memang bongok Dosena memang serba tak kena




      4. Membiarkan Tores berseorangan menyerang, kesian sungguh aku tengok Toress, lagi lama dia bersama Liverpool dengan perancangan Bodoh benitez dengan singgle strikernya itu akan merosakan kaki tores lambat laun!! Aku rasa mungkin Nelsteroy pikir dua tiga kali nak masuk liverpool ni nanti he he!


       Kenapa kebanyakan pengurus menggunakan 2 orang penyerang?
Satu kerana memudahkan untuk pasukan mencari gol
Satu lagi adalah sebagai Decoid( betul ker ejaan aku ni?) untuk mengalih tumpuaan pada penyerang utama... jadi meletakan Tores keseorangan sebagai penyerang hanya menyukarkan liverpool sahaja , kecualilah kita punya pemain tengah yang mempunyai rembatan tepat jarak jauh seperti Alonso, masalahnya sekarang kita cuma ada LUCAS yang tendanganya sangat lembik dan pendek, sependek akalnya!!



5. Sering masukan player hanya saat saat akhir purata minit 70 keatas! untung untung minit ke 80 baru masuk player baru... Kalau game ok tak per, kadang kadang player dah main macam budak sekolah menengah tapi kene tunggu minit ke 70 jugak... berdosa dan masuk neraka kot kalau tukar awal awal!!!


6. Kebiasaanya bila pasukan tertinggal gol...pengurus akan memasukan penyerang... tapi Benitez sangat kreatif akan memasukan pemaian pertahanan!

7. Dan yang paling best game semalam Lucas di keluarkan, bukan pasal main tak bagus tapi nak mengelak Lucas dari mengalami kecederaan!! WHATHELL!!!!!




Game semalam Macherano dapat kad merah yang tak sepatutnya dia perolehi atas keringatnya selama ini

Kad merah tu patut ditujukan pada

BENITEZ!!!!





sekali lagi aku nak bitau aku masih penyokong liverpool walauapapon terjadi  tapi bukan penyokong pengurus liverpool yang menjahanam liverpool k...