Baiklah memandangkan aku belum tidur, baik aku ulas sedikit perlawanan tadi... aku dah predict baiknya Liverpool akan seri dengan Lyonadis ni...
Tapi sebaik pemain yahudi kita keluar dan dimasukan dengan Voronin the Porno Man maka nasib malang kita berterusan, kalah dan kalah
Mana silapnya?
Kita ada pemain yang bagus seperti Benayoon, Kyut, Macherano, Charagher, Tapi kita juga ada pemain pemain yang Bongok!
Baiklah... Mari kita buat pilihan...
Buang saja mamat tak guna dalam senarai ni, dari kesebelasan utama Liverpool secepat mungkin dan gantikan dengan player muda Liverpool yang aku rasa, kalau selalu diturunkan akan jadi aset berguna satu hari nanti seperti yang ditunjukan bek kanan Liverpool Kelly, atau Penyerang Ngog walaupun namanya hampir hampir dengan bongok tapi dia tak bongok, walaupun tak score totally dia lebih baik dari Babel!
Jadi !!
Siapa pemain pemain Liverpool yang Bongok tu??
Dia tetap nombor satu dalam senarai Pemain Bongok!!
LUCAS!!
Dah penat aku mengutuk mamat sekor ni...
Malam tadi aku tak nampak langsung kelibat dia, Liverpool seperti bermain sepuluh orang? ... Hebat sungguh! Macam Invisible Man!! Tak paham betul macam mana dia boleh jadi first Eleven untuk Liverpool?
Jadi.... Buang dia atau?.......
Siapa lagi yang bongok!?
PORNIN!!! Pemain Porno?? ( aku tak tau macam mana dia bleh dapat title ni )
Mamat ni seorang penyerang dan berjersi no 10!!! Tapi secara peribadi, aku tak pernah tengok dia score untuk Liverpool, Tiap kali dia masuk aku akan berfikir yang Liverpool tak akan score lagi...Dan terbukti malam tadi!!
Jadi... Buang dia atau??......
Si bongok!!
BEBEL
Hebat bukan aksi kuak lentangnya, tapi sayang tak sehebat permaianannya untuk Liverpool, ya malam tadi dia tidak diturunkan, Tapi dia tetap bersalah, pasal tidak menjadi option yang baik untuk pertukaran Liverpool...
Apa kebolehanya? Sentiasa gelecek dan hilang bola, gelecek dan hilang bola!
Jadi buang dia atau...
Kau saja yang berambus!!
Pahit bukan!! Tapi itu lah hakikatnya Pengurus datang dan pergi, Liverpool tetap Liverpool !! Mungkin dia tidak seharusnya pergi lagi, Tapi akibat besarnya kepala untuk mengekalkan Lucas didalam Team Liverpool mungkin sudah jadi barah dan makin merebak dalam kerier Bernitez
Jadi Selamat Berubat!!
14 comments:
Martin Kelly kalau kena gayanya bakal jadi macam Gerrard...
Gerrard dulu start main bek kanan...
aku setuju.. yang bongok tetap bongok...
Mansuh kan je kelab liverpool . Habis cerita.
Azhar: martin kelly! ya aku amat teruja dengan bakat bakat muda Liverpool,Aku rasa kalau dia tak injured semalam layak untuk diturunkan jumpa MU ahad ni, Jadi pada bernitez jgn takut jual player hampeh hampeh tu..gunakan player akedemi Liverpool ni, jimat skit duit..simple bkn..
Kentut: Tak bleh mansuh!!, Nanti dunia bola sepak tak berseri seri tanpa Liverpool ha haa!!
suka ngan kelly!!
http://liverpoolmalaya.blogspot.com/
walaupun aku xkenal ko & xsokong liverpool (team fevret aku cap kuda laut je), tapi aku mmg ikut perkembangan EPL ni, nak2 Liverpool.
1. sbb aku mmg suka tgk bola & akan menyokong sesiapa sahaja selain team setan merah a.k.a ManWhore United tu.
2. adik beradik ipar kawan aku semua sokong Liverpool, so nak xnak, aku dpt input pasal team tu.
3. aku suka kaler merah adidas, bkn nike. uhhuhuhu
So, kesimpulan yg aku perati ni, aku mmg sokong 200% apa yg ko ckp ni. Org yg dicadangkan utk buang tu pun aku sokong. Pelik kenapa diorg masih dpt tempat utk bermain. Mungkin diorg belajar konsep dari pemain Malaysia, yakni, ko rajin dtg training ko dpt main. xpun, abah ko kaya, aku kasi ko main. muahahaha.. tu je komen aku.. anyway, gud luck Liverpool, buktikan, korang leh sodok perut setan merah ngan muncung bangau korang tu?
Mofasad: iya betul tu Liverpool sebenarnya punya ramai pemaian muda yang bagus..tak macam Lucas hampeh jer lebih he he
fariz: he he he bagus la kalau macam tu, harap harap kau akan jadi penyokong tegar Liverpool lepas ni.. apa pun Liverpool cuba tak hampa kan kau untuk robek robek jantung Setan Merah he he
eh jap.. aku bkn nak kata aku nak berubah hati ke Liverpool tau.. jgn silap.. cuma aku jenis orang duk dlm kumpulan ABU (Anything But United). Aku tetap setia pada team aku walau sebakul pun aku kena kutuk masa team aku terjerumus ke kancah liga Championship tahun ni.
Tapi aku nak ko pegang janji, kasi robek kaw2 pada itu syaiton merah durjana itu. uhhuhuhu
Fariz: he he worait worait stay la ngan team favorite ko tu, apa pon aku memang suka golongan golongan ABU ni, mari kita tentang Syaiton Merah durjana tu he he
sakit kepala wa bila pikir psl lucas .. hampeh tul ... hahaha!
he he betul sangat sakit kepala dan sakit hati semoga Rafa akan dapat hidayat supaya tidak menurunkan Lucas jumpa setan merah tu nanti
lucas....
nyatakanlah kebencian kamu terhadap lucas, dia tetap dlm senarai utama benitez...
maybe benitez should go....
Aremierulez: aduh sangat pedih mendengarnya
Post a Comment