ANTARA MERAH BAIK DAN MERAH SETAN

Sempena Perlawanan Merah baik lawan merah setan, aku gagahkan diri untuk menulis, sebelum ni aku cuba berjinak jinak dengan warga Facebook, Aku sedikit rasa terkongkong walaupon banyak ilmu yang aku dapat, Aku anggap dorang mcm Hang Tuah Sangat bijak dan setia gila babeng, Aku lupa aku ada Blog

Kalau ada yang korek balik entry entry aku sebelum ni memang jarang aku puji Manager Liverpool, semuanya aku sebat...biasa lah aku kan jebat... Pada aku manager berhak dikritik, walaupon dia sebahagian dari Liverpool, macam ayah piat telinga anak, dia tak sayang anak dia ker?.. Bagus kalau suara suara negatif ni sampai ke telinga manager supaya dia celik sedikit,kadang kadang bukan tak cerdik ego dia jer yang kurang besar sikit jer dari Dinosaur. Tengok bila ada satu perdana menteri dekat negara actrikomesia yang dikelilingi oleh yes man yang penuh puji pujian,  punah ranah negara diaorang...kesian..

Aku sebenarnya memang jenis yang tak suka ambil apa yang ada diatas kertas, contohnya blueprint patern dan apa sajer yang sewaktu denganya kemudian diaplykan kat pasukan Liverpool yang ada sekarang, dengan harapan inilah patern formasi pasukan bergelar juara.. tengok Chelsea tahun bla bla  tengok Arsenal tahun Invincible  tengok MU zaman Refre takut dengan furgeson. Nah!!aku tak setujulah! Tak semudah ABC lah, rasanya kalau pasukan Harimau Malaya pakai sistem macam ni boleh jadi juara ker? Sesebuah pasukan itu jadi juara kerana terdapatnya player yang berkualiti dalam pasukanya dan kebetulan pulak manager dia bijak mengunakan segala aset yang dia ada dengan sistem yang sesuai dengan aset dia ada, supaya segala sistem berjalan dengan lancar, macam mana pon back up kena ada, pemain simpanan perlu lah seorang yang game changer. Dan manager pulak ada plan A, b dan c. Barulah boleh jadi juara. Bukan cakap sistem ni chelsea pakai sampai jadi juara...  Aku lebih prefer seorang manager membentuk pasukan dengan keupayaan player yang dia ada, bukan dia yang nak memaksa player yang dia beli atau player yang sedia ada untuk menukar corak permainan semata mata untuk suite  dengan format yang dia suka dengan sesuka hati. Suka hati ko jer!! Ok senang cerita maksudnya kena dapatkan player yang sama spesis walaupon tak sama kualiti  dengan sistem yang ko nak tiru tu, barulah sistem tu berjalan lancar, ini bukan cakap nak menang nak bergerak pon susah... Ada pulak yang mengatakan sistem lone striker ni dipakai sejak zaman Rafa lagi, macam aku cakap sebelum ni boleh jer pakai, carik lah balik player yang sama kualiti macam tu.. Dan yang pasti otak yang ada kat Benitez tu tak sama dengan BR, langsung tak sama...

Dan akhir sekali aku disuruh untuk beri masa, Baiklah baiklah...untuk liverpool sudah 20 tahun tak pernah boring pon nak beri masa... untuk BR pulak sudah 3 tahun... Dan yang hebatnya bukan BR ni jer aku beri masa, sebelum sebelum ni pon manager lain semua aku dah beri masa, paling hebat aku menampung sabar zaman pak cik Roy, Tapi malang  sama ada aku puji atau aku maki mereka tetap dipecat dan ajaibnyer, bukan kata kata nista aku yang dalam blog ni buat mereka dipecat, tapi keputusan keputusan yang terpampang kat padang, dan tercatit kat suratkhabar dan terarkib kat sesawang...

Apa pon sokong tetap sokong aku predict 0-0, dua dua main tak mau kalah tapi tak mampu menang. heheh..