ANTARA BERITA TERBARU UNTUK lIVERPOOL TAPI YANG TERAKHIR UNTUK RAFA DI LIVERPOOL

 2004-2010

Lama tak update, bosan sebab kebanyakan yang ada semuanya rumors, selagi babi amerika dua ekor tu tak berambus semua berita berlegar tanpa kepastian, ramai player atau manager menunggu sehingga Liverpool mendapat pemilik yang baru. Satu satunya berita yang sahih iaitu Rafa dipecat!

Pendapat aku mudah saja. Dia sememangnya layak dipecat, kalau diukur dari segi pencapaian pada musim ini. Ya dia membawa CL  dan piala Fa pada Liverpool jadi apa yang aku hendak katakan "Terima Kasih"

TAPI! Tidak terima kasih untuk merugikan Liverpool dengan pembelian player player tak guna untuk Liverpool pada musim ini, dan menghadiahkan Liverpool posisi no 7 dan kehilangan tempat ke CL sekaligus menyempitkan kewangan Liverpool. Menyukarkan Liverpool untuk perolehi player berkelas dunia, yang mana player seperti ini mensasarkan pasukan yang bermain di pentas eropah. Sehingga kini tiada player yang mahu ke LIverpool.

Rafa benitez adalah salah seorang pengurus terbaik di eropah dengan pencapaian yang dia perolehi, dan dia juga adalah pengurus yang paling ego dimuka bumi. Aku perhatikan benitez sering kali melakukan kesilapan yang sama seperti mengeluarkan benayoun, gerrad dan torres tiap kali Liverpool dalam keadaan terdesak. Dan memasukan player tak guna seperti Al zhar yang terbukti gagal. Tapi Benitez terlalu ego untuk mengakui teknikalnyer gagal dan mencuba resepi yang sama setiap kali semata mata ingin membuktikan dia tidak silap! Dan ternyata resepinya tetap gagal!






Seperti jugak megekalkan Lucas sebagai player paling utamanya dan ternyata ANDA SILAP BENITEZ, Lucas tidak sekali kali akan jadi player yang hebat. Dia boleh jadi bagus tapi bukan hebat! Liverpool perlukan player yang hebat untuk posisi itu. Persetan dengan statistik, statistik menunjukan Lucas punya hantaran yang tepat dan statistik juga menunjukan Liverpool kalah terlalu banyak game musim ini. Jadi persetan dengan hantaran tepat tak guna tu. Simpan baik baik statistik untuk buku rekod dunia.,


Musim ini juga rafa kekal dengan teknikal rotationya yang nyata tak sesuai langsong untuk team Liverpool yang kekurangan player yang berkualiti , seperti mana Setan merah dan team curang yang lebih banyak option player berkualiti di bangku simpanan.....bayangkan option yang Liverpool ada  seperti Al zhar, babel, Ngok,

Rafa juga ada satu sifat pelik yang mana, sepatutnya player diukur dari segi perfomancenyer tapi kebarangkalian seorang player yang score dan bermain hari ini,  minggu depan mungkin disepak kebangku simpanan, atau lebih teruk tiada dalam perancangan untuk minggu depan. Itu sangat tak boleh diterima akal. Bila seorang player dalam keadaan perform maksudnya dia dalam keadaan yang sangat positif dari segi mantel dan fizikal. Boleh bayangkan Fuckegson merehatkan Wain Rooney?!

Formasi yang Rafa gunakan sangat unpredictable, mungkin alasanya supaya pasukan lawan tidak boleh membaca permainan Liverpool, tapi ternyata pandangan itu meleset bahkan pemain Liverpool sendiri tak boleh baca permainan mereka sendiri diatas padang he he!

Pada musim ini Liverpool juga melakukan pusingan U yang dasyat, ibarat corner maut, daripada pasukan yang menyerang kepada pasukan yang defensive tapi banyak bolos, terlalu banyak hantaran kebelakang dan juga hantaran hantaran selamat ( sebab tu Lucas buat rekod) tanpa banyak killer past. faktor Alonso mungkin? Naaaaa Alasan basi!! Tugas pengurus adalah mencatur pemainan dan juga mengatasi kelemahan. Menjual Alonsso adalah satu hal. dan membeli player yang injured dengan harga yang mahal juga satu hal... masalahnyer lepas player itu sembuh tak diturunkan juga adalah satu hal jugak

Pada aku Rafa sudah menerima balasanya
dia pergi dengan baik mungkin mengakui kerosakan yang dia telah lakukan

pada aku dia pengurus yang bagus, Bahkan ternyata lebih bagus dari siapa siapa yang bakal mengantikanya seperti  Hudgson, redknap atau O neil.

tapi sayang dia tewas dikaki Lucas

aku juga suka dengan alasan alasan dia yang berpuitis tipa kali kalah, pasti aku merinduinya

Pelik... jadi pada rafa semoga berjaya di Inter Milan ( nampaknya dia akan dapat piala segera kalau berjaya menang piala super ngan kelab dunia...aku tak taulah kalau dia ego saja saja buat kalah pasal tak nak makan hasil Morinho he he)


Bye bye!!