ANTARA XAVI TULEN DAN XAVI TIRUAN

Xavi Liverpool!!! Tolong skitttttttttttttttttt!!!!







Sindrom Penyakit Liverpool yang berterusan, dah ramai pengurus Liverpool bertukar ganti nak merawat penyakit yang mula membarah sejak diera gelap Rafa, tiap kali nak ubat makin membarah sebab punca penyakit tak diubati dulu......Tiap kali penyakit tu nak sembuh .... penyakit tu muncul balik kat tempat lain....




 

Apa tengok tengok!!?...Ni Lucas zaman dulu dulu...kalau ada penyokong cakap dia main hebat dizaman Rafa dulu memang sama gila dengan rafa zaman gelap dulu...Aku ingat lagi masa tgk bola live lawan chelsea tak salah aku...punyalah malu aku penyokong kelab mafia rusia tu gelakan Lucas masa bawak lari bola, siap terbahak bahak.... Aku tau sejak Lucas dah mula jadi lagenda dalam pembikinan kat Liverpool memang potensi setiap player tu ada dengan syarat diberi ruang dan peluang untuk terus bermain...dan aku akui kemerosotan Liverpool bukan 100 persen kat celah kangkang Lucas jer... Tapi dia salah satu  penyumbangnya...  Rafa kene pecat dan Lucas jadi hebat... jadi restart balik...





Dalglish apa kurangnya tak mau ketingalan dalam membela pemain, Kesilapan Dalglish dalam membeli Handerson adalah kerana harganya dan posisinya...sebab awal awal lagi aku dah nampak potensi dia.... cuma ada ketikanya dalam setiap perlawanan dia terlalu kebal untuk dibangku simpanankan...
Dalglish kene pecat Handerson jadi hebat jugak....Restart jugak balik.........






Nampak mesra bukan!! Assaidi memang takder pelaung lah beb!! 

kalau ada yang mengiakan Allen main macam Xavi memang gila...pasal memang dia main serupa Xavi.....tapi Xavi yang kena sawan gila babi!!

Tang Allen aku dah ulas sebelum ni...amik poin dia, Allen gaul dengan Gerrad akan jadi lemak tepu!

ada beberapa persoalan yang jadi persoalan 

Pertama Assaidi... misteri nusantara jugak nak kata injured tidak, nak kata teruk tiap kali dia diberi peluang tak der lah teruk sangat, nampak jugak bagusnya.... biasanya pengurus akan kata dia tak beri usaha bersungguh dipadang latihan, yang ni nak kata cam ner, diaorang jer la yang tau ....

 Skertel pon misteri jugak..dah diperam lama lama.... kemudian diturunkan masa lawan Southamton!?? Aku yang tak der sijil kejurulatihan pon tau memang kene makan lah jawabnya!! Kalau tengok carta memang ler Sothampton kat bawah tapi kalau tengok cara main memang letak skertel yang dah hilang momentum tu memang bawak padah

Allen ni pon misteri gak.... hebat tak hebat Allen ni...yang dikhabarkan akan menjalani pembedahan bahu...maksudnya ada rangsangan dibahagian bahu ketika bermain, menjadi pilihan mengatasi Lucas dan Handerson yang sebelum ni dah dapat form dia dan diperam juga nak bagi laluan kat Allen...aku pasti dia pon dah mula sikit skit hilang form yang dia bina berbulan bulan lepas ...kesiannnnn....


Aku sebenarnya tak kisah mana mana pengurus nak bela anak ikan...Tapi sebagai manusia  kene lah berlaku adil jugak...barulah dapat rahmat







Related Posts:

  • ANTARA KEMENANGAN DAN KEKALAHAN Liverpool masuk kepadang dengan semangatnya ( tengok muka pon tau tak konfident ) Liverpool dalam misi mencari kemenangan Membolehkan Pasukan Paling Berkarismatik dan Elegen ini memeriahkan Champhion League Tanpa Liverpo… Read More
  • ANTARA HIDUP DAN MATI! Perlawanan yang penting antara hidup dan mati Liverpool atau lebih tepat kat si nyayuk Benitez... Kalau Liverpool kalah Mari kita ramai ramai nyanyi " You Must Walk Alone, Benitez"... Rencah ratus yang cukup lazat Gerrad… Read More
  • ANTARA JIRAN YANG TAK PERLU KITA BERI MUKA!! Besok malam liverpool akan menentang jiran yang selama ini sentiasa membayangi Liverpool, padahal tak best mana pon! Pasukan tak best tu ialah Everton, Forever n Ever membayangi liverpool tapi never Ever cant catch up Live… Read More
  • ANTARA NGOG DENGAN....Ha lama tak update.. aku lama tak update bukan pasal kecewa ngan  performence  Liverpool yang tungang terbalik tapi pasal opis tempat aku kerja ni tungak terbalik buat aku rasa  tak selera nak memblog, hari ini… Read More
  • ANTARA SEHINGGA HUJUNG NYAWA Seperti ada setengah setengah cerita filem Penjahat tetap hidup dan hero sama ada nazak atau pun mati dikerjakan si penjahat, Di pagi yang hening ditemani brother cina kutip sampah aku menyaksikan sekali lagi Liverpool tida… Read More

0 comments: