Monday, December 15, 2014

ANTARA LALANA DAN LALANG




Sebelum aku membebel kat blog sendiri(sebelum ni membebel kat blog orang lain )..Aku nak beritahu satu perkara kecil yang diperbesar besarkan...Sebelum aku muntah lebih baik aku beritahu, Berhenti kata orang 'LALANG', sila isi borang tukar team la dan sewaktu denganya... 

Dulu pon aku pernah support Pak Cik Roy, sampai termuntah muntah aku tengok liverpool main masa dia manage Liverpool. Tapi tiap tiap minggu aku tengok juga...lalang jadahnya tu? Liverpool dah kena kita 4-0, baki tinggal 3 minit, aku tak pernah off tv... Korang pernah off TV? Dengar citer ada yang off tv masa liverpool kena 0-3 lawan Ac Mizal( salah type )... masa game apa aku dah tak ingat... Korang tau yang Pak Cik Roy yang korang banga bangakan dulu tu skang dah menjahanamkan Liverpool guna sturidge yang fragile tu sesuka hati... Jadi berhenti la cakap orang lalang.. bawa bawa la bertobat...Ish!




 Ok aku mula sekarang

Sungguh tak disangka Hukum karma yang Liverpool terima sangat pantas... Musim lepas Pasukan Setan laknatullah  dalam situasi Liverpool sekarang...minggu minggu kena bahan first time dalam sejarah hidup aku tengok penyokong dia orang jadi  manusia... jadi manusia yang redha, tak bongkak bongkak...cakap pon ada manisssss... 

Itu kisah semalam, hari ini Liverpool sedang menikmati saat saat perit diperkosa tiap tiap minggu, bahkan dalam keadaan yang lebih parah dari pasukan setan musim lepas.

Kalau David mayonis dikatakan tak tau apa yang dia buat...Branden Rodger pula sekarang tengah alami penyakit nyanyuk.. Kalau orang bodoh kita boleh ajar...kalau nyanyuk mana nak ajar lagi dah..

Segalanya berubah hanya satu musim... Mungkin kita boleh agak dimana kita akan berakhir, mengikut situasi Pasukan Setan  musim lepas..

Musim sebelumnya Spurs jual Bale dan kemudian borong pemain dekat pasar malam Branden Rodger ulas dengan jumlah tu sepatutnya Spurs tak der alasan untuk menang liga dan Wala!! DEJAVU... Branden Rodger buat perkara yang sama musim ni... Mengulangi satu perbuatan yang bodoh bukan dikira bodoh lagi tapi gila!! Jual Suarez  kemudian borong pemain kat hyper market mydin... Siap dapat 'Bala'toli dengan harga runtuh.
 
Sekarang kita lalui hari hari kelakar macam Spurs lalui musim lepas, sehodoh hodoh Spurs selalu juga  dapat penalti, sekurang kurangya dapat lah Solbodo tutup kemaluan dengan gol penalti dia tu...
 
Pengurus pasukan mempunyai patern yang sama... Aku tak rasa Branden Rodgers tak bagus, ada kata Liverpool kuat pasal Suarez, Aku tak setuju, Rasanya tiap manager kena ada pemain yang bagus baru lah manager boleh bagus juga... Apa ko ingat Mourinho boleh buat kalau dia manage pasukan Lecehster city sekarang? Top 4 pon cirit ko tau!? Tak percaya suruh lah dia try satu musim cukup lah..

Cuma aku perhatikan ada setengah pengurus ada masa luput... Kemudian basi. Nak tengok tarikh luput, bila dia mula dah angkuh dan 'EGO',  ini menunjukan mula nak basi.. Aku pon tak sangka Branden Rodger cepat nak basi..
 
Ciri ciri dia sama macam Rafa benitez masa musim musim terakhir dia dulu, teknikel kelaut biru pertukaran pelik bin ajaib, experiment yang bukan bukan, Siapa ingat lagi? Kalau tak percaya tanya lah Gerrad... Ramai yang nak Benetiz ni balik...Cuma kalau dia kesini doa doakan lah dia insaf perbuatan dia dulu..

Kesilapan Branden ialah ganti Suarez dengan Balatolli, aku rasa dah gembira skit ler masa liverpool nak beli Remy Ishak( memandangkan target asal Liverpool Alex Sayang Bini tak mau duk kat Pekan Liverpool)  hari tu, tup tup cakap sakit jantung?... Chelsea beli player sakit jantung?..
 
Bawa masuk 'Bala dan Lambat ' dengan player yang kekuatan dia through pass dan speed macam Coutinho, Sterling ini jelas satu kemabukan... Coutinho, Sterling atau Lalana bukan off performence, aku kesian kat dorang jadi kambing jer... Konon konon main tak cukup bagus, habis tu cuma  nak suap bola kat siapa? Liverpool main bola tanpa penyerang!! Gilo! 




Melihat situasi sekarang ni aku sedikit sangsi, apakah Borini dan Aspas tidak bagus Sebenarnya? Siapa cakap Liverpool patut beli costa, Reus, Ronaldo, Messi jangan jawap... Fikir pon jangan! Ulang balik Apakah Borini dan Aspas tidak bagus? Branden jer boleh jawap... Cuma aku tak pernah dengar dia ulas benda ni...



Sekarang Branden Rodger dah merajuk dengan Mignolet, dah tak mau pakai mignolet lagi... nak pakai Jones, tahulah dia hebat masa lawan Malaysia dulu...Ish! Masalahnya bolos juga. Walaupon aku suka ngan Jones yang cepat sikit keluar banding mignolet yang macam magnet melekat jer kat tiang gol...

Masalahnya besarnya bukan keeper... Masalah besar dia defander... 20 juta satu amaun yang harus ditebus dengan aksi, satu kemaluan yang besar kalau 20 juta tu dilaburkan kat bangku simpanan, sedangkan itu lah yang selayaknya untuk lovren... Sebenarnya aku dah seram dah tengok dia main masa piala dunia tempoh hari... soal mignolet bagus atau tidak itu soal kedua soal yang pertama kenapa tak beli keeper dulu?




Akhir sekali dia cakap dia tak perlukan jurulatih pertahanan, yang semua orang dalam dunia ni cakap perlu! Kecuali penyokong pasukan lain. Tak perlu bukan pasal dia tak tahu menilai dimana kekurangan Liverpool, cuma Branden Rodgers ada EGO yang perlu dibelai...

 



 Untuk ulasan game semalam




 Tak pelik kenapa Linesman jadi bodoh untuk game ni

sekian.



Penutup dia.....

AKU BUKAN LALANG AKU NAK LIVERPOOL MENANG!! 






Read More...