Thursday, May 8, 2014

ANTARA MENANG DAN KALAH



Kali terakhir aku tulis dalam blog untuk musim ni ketika Liverpool menerima kekalahan demi kekalahan, kalah kepada City, Chelsea, dan Arsenal... 

Ketika Liverpool melayari kemenangan berterusan dan penuh kegembiraan aku langsong tak berkesempatan nak update... tak tau kenapa...jadi memandangkan tinggal lagi satu game dan setelah rekod kemenangan Liverpool musnah aku try update jugak lah walaupon sedih...

Secara peribadi aku rasa City akan angkat piala musim ni... bola itu bulat, apa saja bola terjadi, secara matametik masih ada harapan, bla bla... 
cuma pada aku, secara realistik aku tak nampak celah mana West Ham boleh kalahkan Man city...tak nampak lohong cahaya disitu, paling kuat mungkin seri, Tapi kalau ikut patern dorang musim ni aku rasa dorang akan kalah 3-0,  kalau west ham berjaya kalahkan jugak man city itu merupakan salah satu match paling ajaib dalam sejarah EPL. Lagi satu aku rasa cukup cukup lah menagih simpati sejak dari game Everton tempoh hari..dah macam pengemis dah...

Akibat dari kegagalan Liverpool pasti ramai yang kecewa dan penyokong team lain juga pasti ramai yang bergembira, cuma kita mungkin terlupa hakikat situasi Liverpool ketika ini... dengan skuad yang serba kekurangan... kurang pengalaman... kurang star... kurang duit... sudah pon mencapai objective dan akan main CL musim depan... dan berjaya drag sampai akhir musim untuk penentuan kejuaraan liga walaupon bakal tidak memihak kepada Liverpool.

Jadi pada mana mana penyokong pasukan lain yang lebih berbelanja  dan duduk dibawah bontot Liverpool harus berasa kecewa dan malu dengan pasukan mereka  bukanya bergembira dengan kegagalan Liverpool memenangi liga... Siapa bilang liverpool akan jadi juara?  Bukan sepatutnya man city dicabar chelsea dan united ker diakhir musim ni ?.. Kemaluan sungguh!!

Selain dari itu penyokong liverpool juga harus bergembira musim ni, bermain dengan cara permainan yang cantik..banyak gol yang boleh disorak, banyak rekod yang berjaya dicatat, berjaya menghabiskan musim dengan jersey away yang burok tanpa disedari pasukan lawan, berjaya keluar dari bayangan history channel yang sekarang dah ada penganti baru.

Cuma apa pon liga belum tamat, ada beberapa perkara yang perlu di lengkapkan liverpool iaitu kemenangan di gelangang sendiri untuk mengubat hati penyokong disana, disamping itu memastikan chelsea baik team A dia atau team B dia  dan Dreber  Bas mulot longkang dia sekali duk diam diam kat bontot liverpool eh.  Rekod jaringan juga perlu di catat baik untuk liverpool atau pon Suarez sendiri...


Ada sedikit extra nak tambah.. Ada setengah penyokong lain berdoa untuk liverpool terus kemarau 25 tahun tanpa kejuaran liga


kali terakhir  united menang liga 1966 tahun menang balik 1992 = 26 tahun kemarau

kali terakhir  city menang liga 1967 tahun menang balik 2011= 44 tahun kemarau

kali terakhir  Chelsea menang liga 1954 tahun menang balik 2004 = tak lama 50 tahun jew..

Pada penyokong chelsea yang berdoa untuk liverpool tidak jadi juara bermakna city sudah sama pencapaianya dengan chelsea  sedar atau tidak 4 kejuaraan liga ...BUDUS!


Apa pon jika sesuatu keajiban berlaku aku pasti kemenangan Liverpool akan lebih  diwar warkan diakbar dan dunia berbanding kemenangan city yang boleh dijangka dan kurang elemen terkejut nya disitu...cuma kalau city menang pon mereka memang layak bergelar juara, 

Pada aku yang ada satu total lose musim ni ...penyangak bola sepak yang anti football  dan bus double deckernya, Sudah lah main bosan menang piala pon tidak ... special la sangat!!




Nak menang Cup... rileks boleh cuba lagi Insya Allah


Read More...