ANTARA ADIL DAN TAK ADIL









Aku pon tak tau kenapa kalau satu satu pengurus baru datang dia akan beli sekali pemain dia dari pasukan lama dia......Selepas Pak cik Roy bawak sekali bodygard lembik dia main dekat Liverpool aku dah jadi menyampah dengan situasi macam ni......Aku tak boleh bayangkan kalau Roberto Martínez jadi pengurus Liverpool dulu....

 Liverpool meneruskan penyakit lama ..dan masih tak sembuh sembuh lagi rupanya...Pengurus Liverpool dari zaman Rafa, Dalglish dan kini BR ada satu simptom menjengelkan iaitu bela anak ikan.....

Ketika zaman Rafa, Lucas yang kita kenal sekarang jauh dari Lucas yang kita kenal dulu, muka dulu pon jauh selebet dari sekarang..... Ya dia sekarang dah macam lagenda....tapi Rafa terpaksa bayar harga yang tinggi untuk Lucas jadi lagenda Liverpool, kalau tak mengenang budi layak makan penampar budak ni hu....

Zaman Dalglish pulak, Handerson dibela dengan penuh kasih sayang, tak kira bermain buruk atau sederhana sayap kanan adalah eksklusif untuk dia walaupon Liverpool main bola senget sebelah...

Cuma bila BR ambil alih, Handerson sudah mula matang tapi masalahnya BR sudah ada anak ikan dia sendiri yang perlu diberi kasih sayang secukupnya.... kalau boleh dia nak beri juga kasih sayang pada joe cole tapi nasib baik Cole dah tua dan tak comel lagi.....


Aku rasa Pengurus yang bagus adalah pengurus yang Berlaku adil pada pemain dia.... Contoh paling terbaru cuba tengok apa dah jadi dengan Special One yang tak berlaku adil dengan Iker casillas.... Dah jadi tak special langsong!


Aku tak kata Allen penyebab Liverpool kalah, sebab pada aku, penyebab utama Liverpool kalah ialah Reina... dekat sini aku rasa BR tak berlaku adil pada Jones......Allen bermain buruk sejak kebelakangan ni...dan kat mata aku dia tak click dengan Gerrad......Untuk berlaku kejam aku kata dia bukan penyebab Liverpool kalah cuma penyebab Liverpool bermain buruk, lembab dan tumpul......


Dan untuk berlaku adil juga memandangkan situasi Lucas dan handerson dulu, aku tak rasa BR perlu bakul sampahkan Allen, perkara paling afdal ialah bangku simpanan kan dia  dan turunkan sekali sekala sampai dia jadi Xavi version Liverpool macam BR kehendaki ....erghhh...


2 comments:

deanzofq said...

aku pon perasan gak bnd ni bro. ia dinamakan symptom bela anak ikan.

Anonymous said...

pe bgos allen nie pon aq xtaw. .

klau passing cun xpe. .nie wat semak kat bahagian tengah. .