ANTARA DEJA VU DAN DEJA MOSS













Dah lama tak membebel dan meroyan


Jadi aku try meroyan dengan berhemah

mohon maaf awal awal lagi kalau ada salah dan silap....

..... Kemenangan dengan West Ham tempoh hari buat penyokong Liverpool terbuai dan berangan dengan posisi nombor 4 .... memandangkan musim lepas dan sekarang terlampau banyak deja vu nya... Aku bukan antara kalangan penyokong yang mendambarkan sangat posisi ke 4 tu...


Ini lah bagusnya jadi penyokong Liverpool sentiasa segar dengan sejarah lepas....




Ni la lebih kurang sejarah perlawanan musim lepas...Aku tak reti nak berfuck ta fuck ta sangat, Tapi sangat segar kat minda aku secara ilmu hisap nya kedudukan liverpool tak jauh dari kedudukan ke 4 ketika ni....  

Rasanya masa ni ramai penyokong yang optimistik memandangkan lawan yang dihadapi  pada ketika itu ....

Masalahnya tengok ajer lah dengan siapa Liverpool kalah dan seri dalam pogres mengejar kedudukan ke 4....

Yang aku highlight tu ialah keserian dan kekalahan yang mana sepatutnya Liverpool boleh menang, cuba bayangkan kalau Liverpool boleh menang game game tersebut... berapa mata yang Liverpool boleh dapat....?





Memandangkan tempat keempat dah dicuri oleh Pasukan pengkebas tak bermaruah maka kita lihat ajer pasukan di tempat ke tiga Pasukan yang sebenarnya lunyai diawal musim, Arsengal akhirnya berjaya memungut 70 mata  maksudnya Liverpool perlukan 19 mata....untuk mintas kedududukan tu.....

 sejarah biarkanlah berlalu.....




Ok skang tgk schedule  mendatang, sebelum tewas dengan pasukan Villa Angerik Liverpool hanya dipisahkan 4 mata dengan kedudukan ke 4 ...kalau tengok pasukan pasukan ni apa susah sangat ker nak menang?, memang lah liga inggeris ni unpredictable tapi yang mana ada peluang untuk menang mestilah diterjemahkan dengan kemenangan, Aku rasa dah mual Liverpool sering kalah dengan pasukan bawah dan pertengahan liga dengan gol gol dijaringkan oleh pemain negro...pelik sungguh...


 Sebagai penyokong Liverpool aku berharap Liverpool dapat mata penuh untuk semua game ni....tapi melihat pada patern Liverpool aku rasa time ni lah Liverpool akan drop mata dengan sambil lewa...




 
Ni statistik.... memang magic betul ...orang buta pon tau kat mana masalah Liverpool skang ni.... dari segi serangan sebenarnya lebih teruk dari musim lepas pasal musim ni kita tak berlatih tendang ketiang dan palang.....musim ni banyak tendangan kelaut dan macam pondan walaupon tepat ke gawang

Pada mata orang ramai tengok Downing , atau rata rata pemain sayap Liverpool teruk tak banyak assist, tapi  kat mata aku pulak rasa menyampah tengok kat mana posisi penyerang bila pemain sayap melorongkan bola...pendek kata kita perlukan Suarez begitu juga kita perlukan player ala ala Fox in the box atau poacher yang tulen...

Aku sebenarnya bukan orang yang terlalu faham pasal tiki taka ni.... tapi mcm mana pon cuba direplicatkan BR aku tak rasa Dampsey  player yang boleh merubah Liverpool kalau dia ada pon sekarang ni....mcm aku cakap tadi kita perlukan poacher minta maaf cakap mcm spesis Owen... kalau cth sekarang ni mcm si kacang setan ( kenal tak? )


Ada berapa faktor lain seperti Reina yang memang pada aku dah sampai tarikh luputnya.... walaupon gol gol yang dilepaskan tak berbaur ala badut dan juga bukan boleh disandarkan atas kesilapanya tapi apa lah salahnya kalau dia berjaya tepis bola bola bahaya tu  supaya tak bolos....pasal aku amat konfiden kalau keeper lain masih boleh selamatkan bola bola yang Liverpool bolos tu...


Melihat cara Liverpool bermain secara peribadi aku rasa ...Gerrad, Allen, Lucas adalah gabungan lemak tepu.... kalau tak salah aku,Tiki taka ni enjin dia di bahagian tengah tapi nampak gaya Liverpool masih lagi bergerak di pesisiran pantai dengan Streling, Enrique, Johnson, Downing  jadi pengerak

Aku rasa bagi lah peluang kat Suso atau Sahin ambil salah satu spot kat tgh tu bagi dinamik skit... 


Dan lagi satu ini pon secara peribadi aku rasa Jonjo dan Allen tak click dengan Gerrad....pada aku gerrad player yang bagus tapi dia tak boleh main dengan player yang ada tugas sama dengan dia...sama .masalahnya  dengan England dulu Gerrad tak boleh main dengan Lampard...... X File sungguh.....


Ah panjang sgt dah...cukup setakat ni... panjang panjang nanti sesat....


X tra DEJA VU


Juara Eropah 2005


Juara Eropah 2012 


Ibarat deja vu juga dua dua pasukan ketingalan ketika perlawanan akhir Pasukan Abrongokngik Fc ketingalan 0-1 dan Liverpool ketinggalan cuma 0-3 namun dua dua bangkit untuk muncul juara
dan untuk musim depanya kedua dua pasukan ikut pintu belakang, Liverpool mencipta sejarah membuka laluan pintu belakang ni kalau tak memang team Torres Fc ni memang tak jumpa jalan keluar la gamaknya...Tapi dia orang pon nak cipta sejarah tersendiri muncul juara bertahan pertama tak layak pusingan kalah mati 


 
Liverpool tewas 0-1 Final Kelab Piala Dunia



 

Torres Fc pon nak tewas  0-1 gak





Liverpool menang Super Cup






Torres Fc jugak nak.......................Opssssss ini saja yang tak berapa nak deja vu...
 
bau bau bacang Deja moss mungkin......








0 comments: