ANTARA CL DAN PIALA DUNIA JOSE CAKAP CL LEBIH HEBAT!!

Jose morinho memilih CL lebih hebat lagi, dan buat masa sekarang penyokong Inter mengiyakan pendapat tu! Dan boleh jadi tak heran pon kalau Italy tak menang, pasal CL lebih hebat kata mereka! Dan aku tak sokong ataupun menyangkal pendapat tu!

Kemana hala tuju Jose!?  Pada pendapat aku Jose tak akan kemana mana, dia skang tengah mengejar dua piala lagi. Piala Super dan Piala Dunia Kelab.Sangat mudah perkiraan itu untuk pengurus yang opportunities macam Jose. Tapi kalau Jose mahukan sesuatu yang lebih sensasi, dia boleh cuba dengan Real Madrid,

 Pembida Real tengah mengoda dan tawar menawar Jose!

Tapi aku ada satu teori tentang Jose, dia hanya berjaya dengan team berwarna biru! Porto dengan biru putih, Chelsea dengan serba biru, dan Inter dengan biru hitamya. Jadi warna putih Real hanya warna simbolik muka pucat pengurus demi pengurus yang dipecat, termasuklah pengurus yang berjaya macam capello sendiri! Jadi mungkin dia mahu beritahu dunia sekali lagi yang dia Special One!Dan berjaya memecah kod malang putih real itu! Selamat berjaya Jose!

Oh ya seperti Jose aku pon tak teruja dengan kehadiran Piala Dunia!

Puncanya, Team yang aku sokong skang ni, sedang dibawah kangkang Wain Runi, Tanpa Wain Runi, baik penyokong, Pengurus dan pemain England sendiri tak yakin menang piala Dunia, Podah! macam bapok! Belum main lagi psikologi dah lembik nak mampos! Mengalahkan team piala Thomas Malaysia!

Ada pemain Liverpool didalam team England yang aku sendiri tak tau kerakyatanye terhadap Liverpool, Gerrad sendiri mengakui tidak pasti dengan masa depanyer bersama Liverpool selepas Piala Dunia ini, Tapi kalau betul, aku harap Gerrad blah awal skit, jadi Liverpool ada Dana nak beli player baru dan memudahkan Liverpool membuat pencarian baru,


Boleh jadi tinggal dua pemain Liverpool dalam team England, Oh ya dengan adanya Rafa yang amat unpredictable tu, boleh jadi Caragher juga bukan pemain Liverpool untuk musim depan, walaupon inilah pemain yang tak pernah mengalah walaupun dah berkali kali kalah he he, 

Dengan itu  mungkin hanya ada seorang sahaja pemain Liverpool dalam skuad pondan England kali ni, Dia mungkin kekal, tapi mungkin musim depan dia antara wujud dan tak wujud jer dalam skuad, kalau tak ada inisiatif dari Johnson untuk mengurangkan masalah berat badanyer, Dia sangat lembab, kalaulah aku pengurus skuad pondan England ni, dari awal aku dah reject dia.


Pemain import Liverpool (wah janggalnyer guna ayat pemain import ni!) Torres di Sepanyol, dan Macherano di Argentina juga mungkin bukan lagi player Liverpool musim depan

 Torres menunggu sinar harapan atau mencari sinar harapan baru


Dan satu satunya player yang comfirm masih player Liverpool adalah Lucas yang hancai tu! Aku tak pasti dia ada dalam skuad Brazil!( yeee dia player Brazil ker he he)


Apa pun perlu diingatkan kepada mana mana pemain Liverpool yang teruja sangat bermain dalam CL, Micheal Owen memenangi Pemain Terbaik Eropah ketika Liverpool bermain dalam kancah Europa Cup (EUFA Cup)

Dan ketika Owen terlalu inginkan kejuaran CL dan keluar dari Liverpool ( masuk kelab Lebai malang,terus melekat owen dengan malangnyer selepas itu)  dan tahun itu Liverpool memenangi CL.


"Celaka ko!! Janji nak jadikan aku player utama!! penipu punya Setan!"

"Dah Aku bapak Setan! mestilah menipu!! yang ko  percaya tu kenapa lak !!"



Tahun ini saja mengajar episode tamak dan Jalan mudah, pada mana mana pemain dan pasukan, Team Lebai Malang Real yang tak real, membeli Ronal ngado ngado dan Kaka ka! ka! dan membuang bak sampah Sneijder dan Robben, Akhirnya dua player sampah ini lah yang menjejak kaki dan mencium piala CL tu! 

Jadi pada mana mana Player Liverpool yang nak melompat macam Ahli Parlimen Malaysia. Selamat Maju Jaya!


Oh ya Akhir sekali pada Rafa yang bebal


 PIKIR SEBELUM BUANG!
tu nasihat jose pada dia

ANTARA ANGIN...BELUM KENTUT DAH BUSUK!

Tajuk pun dah cukup merepek..

Jadi suka hati aku nak merepek gak... Musim belum berakhir tapi dah terlampau banyak khabar angin yang tersebar sana dan sini, ada yang wangi dan ada yang busuk bagaikan bauan kentut, tapi apa pon khabar angin tetap khabar angin, bagaikan angin kentut yang berlalu setelah menyelinap di segenap ruang lubang hidung... maka yang tinggal hanyalah di angin lalu...

ANTARA BENITEZ DAN TORRES


Bau kentut dari media mengatakan Torres memberi syarat, pilih dia atau benitez, berikutan perbalahanya terhadap rafa sebelum ini.

Secara jelas 100 peratus aku dengan yakin semudah ABC membuat pilihan, aku akan pilih Torres berbanding Benitez, 

kerana apa?

Kerana, mencari pengurus lebih mudah berbanding mencari penyerang yang ada standart seperti Torres, kalau penyerang tumpul mcm Voronin atau half striker mcm kuyt tu lain cerita lah, nak carik yang tulen tu susah k....

Untuk pengurus lak, seperti kita sasarkan keupayaan Liverpool mampu untuk memperolehi pengurus seperti Martin Oh neal, ataupon lebih mudah Rajagopal pon ok... bukan susah pon, yang penting penilaiaan yang tepat, bukan mengeluarkan key player pada saat saat Liverpool memerlukan kemenangan, itu bodoh namanya!.

Dan pemain seperti Torres ada pengikutnya sendiri, Aku percaya masih ada peminat Atlet Teko Madrid masih menyokong Torres dari jauh, seperti juga beckham yang menambah penyokong setan merah dengan secara mendadak dikalangan para aweks. Ada setengah tak tau pon siapa pengurus Setan Merah berbanding Abang Beckham dorang sendiri! Ya penjualan jersey Liverpool boleh menambah pendapatan kelab.
Orang akan membeli jersey tertera nama pemain pujaan mereka. Tak siapa nak pakai jersey yang ada nama pengurus walau sehabat mana pon mereka! Lebih lebih lagi kalau pengurus itu perutnya boroi dan jarang tersenyum!

Ini pendapat umum tanpa mengambil kira pendapat secara profesional akibat pampasan yang bakal dikeluarkan Liverpool atau sebagainya berkenaan dengan kewangan Liverpool k.


ANTARA HAI ATAU BYE BYE GERRAD

Antara bau kentut yang sama busuk, Gerrad dalam persimpangan mahu kekal atau berpindah kekelab lain.

Secara berat hati aku menyatakan sama ada dia keluar atau tidak, aku tak kisah, memandangkan tahap KPI dia dibawah tahap sedar, mungkin dia perlu ambil angin baru, dan aku berharap dia membawa sekali KPI dia yang rendah dalam team yang bakal dia main nanti.

Antara pasukan curang atau pasukan yang tak real

" im coming bro!"

Aku rasa lebih baik dia ke La la la....Liga, dari menerima lamaran pasukan EPL, lebih lebih lagi pasukan si curang walaupon ada angin kentut memberi perkhabaran rumah tangga Gerrad sedang bergolak, harap dia tak naik satu kapal ngan Cole dan Terry. 


ANTARA CARAHGER,OWEN, LIVERPOOL DAN ENGLAND 


bau kentut yang ni tak busuk sangat, 
tapi still ada impak maksima, eh silap impak minimum saja, 
yang berusaha dari awal musim ialah owen, tapi yang dapat adalah Carragher. Wake up call dari Capello benar benar menguji minda. Carragher juga dibawah tahap sedarnya musim ini, walaupon tak seteruk Gerrad, ini berita baik buat dia, tapi Kontraknya bersama Liverpool di penghujungnya. 

Apa mungkin Benitez dan peminat Liverpool tak nampak apa yang capello nampak?
Ya kita nampak kuda tua.

Dan Capello nampak kuda tua penuh semangat juang, dan mungkin pemain paling berdisplin di England ini (karekter faveret Capello ni!)

Sebagai penyokong Liverpool aku harap kontraknya disambung, walaupon bukan sebagai pemaian utama dia perlu ada dalam pasukan untuk dua atau tiga tahun lagi mungkin...


ANTARA JOE COLE DAN CHAMPION LEAGUE


Ini Pemain yang sedang dikejar oleh Liverpool sekarang ni, Maaflah tolong lah cari lah pemain lain, dia dah bilang mahu bermain dipentas eropah, dan meminta gaji yang banyakkk (ehem, macam lah ko dapat main pon kalau dalam team pon, salah seorang pemain tak sedar diri he he), Jadi pada Cole selamat memarketingkan diri...


ANTARA LIVERPOOL DAN SI CURANG

TUGAS SELESAI!

Akhirnya player Liverpool sudah membuat pilihan, 

Dan Gerrad telah jalankan tugas dengan baik( Korang nampak keIklasan Gerrad ker tak? Jangan berlagak sangat sudahlah!)

 "Opsssss....Im Sorryyyy"


antara Sicurang dan Si Setan, Si Merah memilih Si Curang Durjana, Sekarang tugas Si Curang pula untuk membalas budi baik Si Merah dari Si Setan menguasai England sekali lagi...

Terpulang pada Si Curang menentukan nasib sendiri.

Antara Si Lemah dan Si Strok mana yang lebih lembik, itu penentu kejayaan
Si Curang dan Si Setan selepas ini!

Antara Si Ayam dan Si Mak Cik Siti, tak kisah siapa yang layak, posisi itu cuma pinjaman saja, Lagi pon jauh mana dorang boleh pergi? bukan biasa travel jauh jauh pon macam Si Merah! Musim depan Si Merah akan claim balik dengan pengurus yang lebih bijak dan lebih vesertail.



TUGAS JUGA SUDAH SELESAI UNTUK RAFA!!

"I'm Done!"

Ada ura ura dia mahu bercuti di Turin sambil menghirup udara segar, Silakan Berambus dengan rela hati kita orang bagi ko pergi!

TUGAS SUDAH SELESAI!???

OH TUGAS AKU BELUM SELESAI


AKU MASIH PENYOKONG LIVERPOOL!! DAN TUGAS AKU MENGANGKAT LIVERPOOL WALAUPON DUDUK KAT BAWAH

LIVERPOOL FOREVER N EVER!!

SEE U NEXT SEASON!!

Good bye Star Rider see you Againnnnnn!!!!


pada mereka yang bebal dan bongok inilah maksudnya you're never walk alone!!
lain kali jangan jadi bodoh lagi apa itu YNWA!