ANTARA THE REDS DENGAN RED CARD




Kenal dengan benda ini?
Ya inilah Kad Merah juga dikenali sebagai Red card

Musim ni adalah musim yang sangat berwarnamerah ( ayat asal berwarna warni ) untuk Liverpool

Kita dikalahkan dari pelbagai sudut baik kerana Team yang tak cukup dana.... Pemilik Amerika yang berak hutang merata tempat, Kehilangan Alonso, Tidak berjaya membeli David Villa (perancangan asal) dan membeli player yang injured (Aquilani ), Bola Pantai, dan Terbaru Kad Merah ketika bertemu Fullham sebentar tadi...

Keunikan Rafa Benitez


' Sedang berkata kata dengan cermin mata' Pelik bukan?

Baiklah...
Kenal dengan dia ni?

ya inilah Rafa Benitez!

 Seorang yang sangat unpredictable

Sangat pelik dan unik orangnya, Liverpool sangat beruntung mempunyai Pengurus yang unik seperti Bernitez, Hanya pasukan hebat seperti Liverpool sahaja layak memeliki Bernitez

Buktinya??

Yelah,  Chealsea penat penat mendahului Liga... Tapi siapa yang pedulikan Ancelotti,
Bernitez juga yang jadi pujaan hati media Inggeris

Furgeson adalah pengurus terbaik Liga perdana Inggeris, Tapi dah banyak kali kalah dengan Bernitez! Mulut Furgeson dah berbuih nak ucap taniah kat bernitez!

Dan aku berani cabar tak ada pengurus yang boleh lawan kepelikan seperti Bernitez

Jadi apa kaitan kepelikan benitez dengan game semalam?

Fullham vs Liverpool


Antara kepelikanya




Voronin turun sebagai partner serangan Liverpool bersama Torres!!

WOW!!

Dia sendiri pun tak percaya

"Yea!! yeaa!!! Dapat main!!!"





Dan akhirnya main macam sial!!
' Aku masih tak paham kenapa dia tanduk bola macam tu punya rupa, kalau bagi kerbau main pon kerbau  tau nak tanduk arah mana!'



Philipp Degen

Kali pertama turun mewakili Liverpool, Mungkin Bernitez nak meniru gaya Arsengal wanger kot,
usaha yang baik, tapi tak kene gaya, ini bukan carling cup la pak cik...



dan akhirnya kene kad merah!
" keluar ko!"
tu yang keluar dari mulut reff.
tapi ni yang dalam hati dia berkata kata
" Herm patut  merah ker kuning eh,?"

Kisah sebelumya..


Fullham dapat gol! minit 23, first time dapat sentuh bola..dan score!
Nampak sangat fullham main tak best! Iyek!


Torres yang tak boleh berhenti menjaringkan gol menyelamatkan keadaan!! Masa ni baru terpikir alahai fullham jer boleh menang lah! Tak de halnya!!

Tiba tiba!!

Sports - September 25, 2007
" Oi! keluar keluar "
Benitez  dengan tektikal dengan gaya yang pelik dan sangat kronik mengeluarkan Torres yang tak injured




" Aik apahal lak?!! Apa dosa aku??"



dan akhirnya perjuangan Torres berkubur disini dan
membawa sekali sisa sisa peluang kemenangan Liverpool ,
Dan diganti dengan babel yang membebel!

Benitez berkata pada Torres
" Tak per, tak per ko boleh tambah gol lagi lain kali"

Torres dalam hati berkata

" Bodoh la ko!!"


Akhirnya Liverpool kene kitai dengan adanya si babel yang tumpul lagi berkarat ni

Kedudukan jadi 2-1

Apa tindakan bijak Benitez bagi menyelamatkan Liverpool??



Inilah Yahudi Baik
sangat bersemangat waja!!
Selain dari Torres dan Gerrad hanya Kuty dan yahudi baik ini sahaja yang mampu untuk Score

Benayoun menaikan semangat rakan rakan
"Buarghhhh!!! Kita mampu bangkit mari cari Gol!!""


Tiba tiba!!

Sports - September 25, 2007

" woi dah la tu!! keluar! keluar!!"


mati pucuk di buatnya benayoun!!


" Apa!! Keluarkan aku!! kang aku jadi yahudi jahat baru ko tau!!"




" Dah dah!! Keluar!! Tak boleh harap!! Lucas jugak yang bagus!!

dalam hati Benayoun

"Siap ko malam nanti aku sniper ko nanti!!"


Akhirnya yang masuk Nathan Eccleston, Aduhaiiiii...
apa yang budak kecik ni mampu buat dalam saat begini??



Akhirnya Charager dapat idea

"Alang alang dah kalah biar nampak sensasi sikit"

maka dia pun cuba yang terbaik

 dan berjaya  mendapatkan kad merah

charager tak sangka
"sangat pemurah reff malam ni"
sambil geleng geleng kepala akibat teruja..


' Fullham yang perasan hebat'

Dan akibatnya 11 orang player Fullham membuli 9 orang player Liverpool

Kedudukan jadi  3-1

Liverpool tewas dengan persembahan hambar

dan beserta bantuan Dua Kad Merah!!

Kalau boleh aku nak reff tambah satu lagi kat merah


"Nah Amik ko!!!"


untuk siapa

untuk dia ni!!




" Opocot!! "

p/s Jangan takut aku masih penyokong Liverpool



Seperti Udo Omar kata


PADAN MUKA KO SETANNN!!!!!



Akhirnya setelah penat berjuang Kita berjaya mengalahkan Syaiton Merah!!

syukur Alhamdulilah!

Dan semua umat manusia di seluruh dunia bergembira  dengan kemenangan ini kecuali pengikut pengikut Setan Merah



Dan ini  adalah simbol  Peace tanda keamanan dan juga tanda Pejuang pejuang yang menentang Syaiton dan kuncu kuncunya di pelusuk dunia, Ya Tanda kemenangan ini boleh jadi juga tanda 2 Gol yang di jaringkan Liverpool!!


Dan ini pula adalah Sebijik Telur, boleh digoreng mahupun direbus, Kalau dah busuk pula, amatlah afdal jika dibaling dekat Pengurus Setan Berhidung Merah, mana tahu dapat pahala kelak.

Telur ni jugak boleh  jadi  jugak tanda kekalahan yang total tanpa sebarang GOL!

Jadi apa yang SETAN MERAH dapat hanya TELUR sahaja,





Harap harap formasi ini dikekalkan untuk tempoh yang lama jgn terlalu kerap tukar formasi nanti jadi tungang terbalik macam lawan sundaland tempoh hari...
peminat pening, pemain lagi lah pening,

Pemain seperti Martin Kelly, Ngog, atau Spearing , Ya Spearing walaupun dia bermain teruk ketika bertemu sunderland aku rasa dia gugup dan seharusnya di beri peluang kedua  ini semua bagi mengantikan option  palyer player yang tak guna macam babel atau voronin (jual dorang ni )

Lucas!? Perlu kah aku hentam dia ni??  Lucas perlu merenung diri dia, Orang tak suka dia bukan kerana muka dia yang tak handsome tu, orang tak suka pasal dia bermain teruk, tapi tak ada sebab untuk membenci Lucas kalau setiap kali dia akan bermain seperti bertemu Setan Merah ni, baik untuk Lucas mari kita beri dia peluang lagi..

Martin Skertel harus terus berada di bangku simpanan, nampak sangat Charagher lebih tenang tanpa skertel..

Insua selalu sangat jadi lubuk/sayur Liverpool selain dari Lucas, kalau tak percaya tgk arah serangan Setan Merah dan team team lain yang menentang Liverpool lebih kearah mana?...
Dia harus segera meningkatkan tahap larianya

dan fizikal nya harus kuat

ANTARA KEWAJIPAN MENUMPASKAN SYAITON LAKNATULLAH


Marilah kita sama sama mendoakan Setan Merah untuk tewas esok hari, Perjuangan menewaskan Setan Merah ni kira perjuangan yang murni gak ni, jangan risau kita di pihak yang benar! Setan tak pernah benar bahkan dusta semata mata!! Ha ha!! Jangan Marah peminat Setan sekalian eh!! Ya aku sangat benci Si Luncas! Si Bebel, Si Pornorin pasti akan turun mengisi kekosongkan player player Liverpool yang injured,

Tapi memandangkan aku lebih benci pada Setan Merah maka apa yang aku boleh kata 'hentam sajalah Labu!' janji Liverpool menang

Aku predict Liverpool seri 2 -2, tapi kalau kalah 0-3, walaupun aku penyokong liverpool kali ni aku tak predict liverpool akan menang tapi still hope yang Liverpool akan menang walau macam mana pun!!

YNWA!!! yehaaaa!!!

ANTARA MEREKA ATAU ENGKAU SAJA YANG BERAMBUS!

Baiklah memandangkan aku belum tidur, baik aku ulas sedikit perlawanan tadi... aku dah predict baiknya Liverpool akan seri dengan Lyonadis ni...

Tapi sebaik pemain yahudi kita keluar dan dimasukan dengan Voronin the Porno Man  maka nasib malang kita berterusan, kalah dan kalah

Mana silapnya?

Kita ada pemain yang bagus seperti Benayoon, Kyut, Macherano, Charagher, Tapi kita juga ada pemain pemain yang Bongok!

Baiklah... Mari kita buat pilihan...

Buang saja mamat tak guna dalam senarai ni, dari kesebelasan utama Liverpool secepat mungkin dan gantikan dengan player muda Liverpool yang aku rasa, kalau selalu diturunkan akan jadi aset berguna satu hari nanti seperti yang ditunjukan bek kanan Liverpool Kelly,  atau Penyerang Ngog walaupun namanya hampir hampir dengan bongok tapi dia tak bongok, walaupun tak score totally dia lebih baik dari Babel!

Jadi !!
Siapa pemain pemain Liverpool yang Bongok tu??

Dia tetap nombor satu dalam senarai Pemain Bongok!!


LUCAS!!

Dah penat aku mengutuk mamat sekor ni...
Malam tadi aku tak nampak langsung kelibat dia, Liverpool seperti bermain sepuluh orang? ... Hebat sungguh! Macam Invisible Man!! Tak paham betul macam mana dia boleh jadi first Eleven untuk Liverpool?

 Jadi.... Buang dia atau?.......



Siapa lagi yang bongok!?


PORNIN!!! Pemain Porno?? ( aku tak tau macam mana dia bleh dapat title ni )

Mamat ni seorang penyerang dan berjersi no 10!!! Tapi secara peribadi, aku tak pernah tengok dia score untuk Liverpool, Tiap kali dia masuk aku akan berfikir yang Liverpool tak akan score lagi...Dan terbukti malam tadi!!
Jadi... Buang dia atau??......


Si bongok!!


BEBEL

Hebat bukan aksi kuak lentangnya, tapi sayang tak sehebat permaianannya untuk Liverpool, ya malam tadi dia tidak diturunkan, Tapi dia tetap bersalah, pasal tidak menjadi option yang baik untuk pertukaran Liverpool...

Apa kebolehanya? Sentiasa gelecek dan hilang bola, gelecek dan hilang bola!

Jadi buang dia atau...



Kau saja yang berambus!!




Pahit bukan!! Tapi itu lah hakikatnya Pengurus datang dan pergi, Liverpool tetap Liverpool !! Mungkin dia tidak seharusnya pergi lagi, Tapi akibat besarnya kepala untuk mengekalkan Lucas didalam Team Liverpool mungkin sudah jadi barah dan makin merebak dalam kerier Bernitez

Jadi Selamat Berubat!!

ANTARA KALAH NASIB DAN MENANG NASIB!



Harap harap tak der monyet yang main bola pantai kat dalam stadium lagi...

Aku sebenarnya predict cuma seri 1-1 jer,

Tapi kalau ditakdirkan Liverpool menang pun mungkin dalam 1-0 ,

Dan kalau ditakdirkan Liverpool kalah 1-3

entah aku tak pasti tentang nasib Liverpool

Tapi untuk nasib Ronal Ngado Ngado!? Jagan takut dia pasti tewas untuk gelaran Ballon d'Or award tahun ni he he



Betul tak Messi? ha ha!!

ANTARA MERAH DENGAN BELANG BELANG MERAH DAN BELON MERAH!!



Setelah kekalahan terhadap Sunderland semalam, dengan secara rasminya Liverpool boleh terus melupakan untuk muncul sebagai juara EPL untuk tahun ini,

Untuk muncul sebagai 4 pencabar terkuat juga amat jauh dari jangkaaun. Pahit hendak ditelan bukan! Tapi itulah hakikatnya...

Sangat sukar untuk muncul juara apabila terlalu banyak benda yang memusuhi Liverpool Dari pada FA english yang pro Furgeson, Pengadil yang meminati Setan Merah, Lines man yang rabun jauh,

Player yang injured silih berganti, Kehilangan player utama,

Kekurangan Dana dari dua ekor babi dari Amerika ( terasa bodoh jugak memikirkan masalah ini Liverpool seperti sedang dijajah oleh dua ekor babi amerika ni)





Owner Liverpool, Dua ekor Babi Amerika Syarikat,
George Jilat dan Tom Hik! Hik!

Orang Amerika Syarikat suka main pakai tangan!! Agak jangkal tengok owner sebuah kelab terbesar didunia diwakili oleh orang Amerika!!

"Aku tak paham kenapa dorang berebut bola pakai kaki , tangan kan ada!!, "

"Entah lah?? Tapi yang pasti pemain bola tidak seksi seperti pemain NBA aku lebih suka tengok ketiak pemain!!!, Jersy Liverpool harus ditukar, apa pendapat kamu!?"



Dan baru baru ni Belon juga memusuhi Liverpool



penjaring gol sunderland, Darrent Ben Lon


Baiklah mari kita terus pada perlawanan semalam


Darent Belon merebat kencang



macam sebuah permainan snuker bola putih hentam bola merah!!





Boleh jadi Darrent belon seorang pemain snuker yang baik!!




"Argh ada dua bola... "

selepas perlawanan Riena meminta maaf pada rakan rakan dia terlalu teruja untuk menangkap bola warna merah pasal bola tu berwarna merah dan lebih besar dari bola bewarna putih...


Tapi yang pasti Penyokong Liverpool akan merasa minggu minggu yang sukar

pasal apa

kerana pasti ada badut badut Setan Merah yang mengejek

jadi kita sebagai penyokong Liverpool harus sentiasa sabar dan tabah
YNWA!!!


SETAN MERAH YANG MENGEJEK

seram bulu tengkok aku!!!



ANTARA MERAH DENGAN BELANG BELANG MERAH

Malam ini kita berdepan dengan team Sunderland ( ada orang mengelar team ni dengan nama Sundalland wah sangat bergaya nama nya tu)

Selepas Kelayakan Piala Dunia macam biasa Epl akan dipenuhi team team yang compang camping macam baru balik dari berperang!

Sotirios Kyrgiakos juga injured tapi Bernitez Cakap

" Siapa?? Rotibungkos karibungkos!!? Siapa tu? Aku pernah beli dia ker"

Sammy lee cakap

"Kan kita pernah beli untuk tampung kelemahan defender kita!"

" Oh ye ker aku sekarang tengah memikirkan tentang penganti Gerrad dan Tores ni, Lagi pun defender kita memang dalam keadaan yang mantap sekarang ni?"

Sammy Lee garuk kepala sambil berkata dalam hati

"Bernitez sudah nyanyuk sebelum masanya kesian"



"Apa lah nasib aku ni "



Gerrad pun injured!! Anak aku selalu melakukan aksi seperti ini ketika meminta susu he he
Selepas game England lawan ukraine hari tu, Bernitez datang dan memarahi Gerrad

"Apasal ko biarkan kaki ko tu injured!! Ko tengok macam Lucas tak pernah pun injured, Bagus tak macam ko ni ha!!"

Gerrad menguluh dan menangisi nasibnya
"Hu kenapa lah aku selalu dipersalahkan "



Tores pun menangis gak

" huuu habislah! Aku dah injured mesti voronin akan merampas tempat aku selapas ni... risaunya aku huuuuu!!!"


Jadi bagaimana ngan team Sunderland ni lak?
Selain Kieran Richardson yang digantung kerana kena kad merah ketika bertemu Setan Merah

Apa tak ada yang injured!!


Oh ya! pasal team dorang tak ada yang main untuk negara

"kasihanilah diriku yang kerdil ini"

Player yang perlu dijaga Darrent Bent, Kita tak perlu kasihan kan player macam ni dah lah besar macam gergasi tegap macam kerbau!!, Jaga dia cukup cukup!!


Kenal dengan Player ni... Boudewijn Zenden player yang kuat merantau dan berkelana ni adalah bekas player Liverpool, aku sangat benci bila Liverpool perlu berjumpa dengan bekas player mereka sendiri contoh seperti ketika berjumpa Robie Keane dan Anelka tempoh hari...



Kasi extra skit siapa lagi yang injured...
Ek elehhh mamat ni rupanya!!, selalu dia lah macam lembu ganasnya..bila injured menangis gak he hee... aku selalu mengharapkan orang sakit cepat sembuh! Tapi untuk player Setan merah ni, aku harap ko tak sembuh sembuh lagi he he jangan marah ahhh!!!


Siapa lagi yang injured?

Aha!! He he sangat Feminin melihat Ronal ngado ngado ini menangis!!
Di beritakan Real Madrid bakal kehilangan Ronal ngado ngado ni selama sebulan
"Huu...tak nak injured nak main..nak mainnnnnn"

ANTARA MERAH DAN SETAN MERAH

memandangkan tak ada game Epl minggu lepas dan untuk melepaskan keboringan, aku nak ulas pasal player England lak ahh..


Kenal tak dengan Player ni... Ya! dialah Rio Ferdinand, Player Setan Merah yang semakin hari semakin membadut, pencapaiaan terbarunya ialah menghadiahkan England kekalahan kali pertama dalam kelayakan piala dunia tempoh hari ...

Mari kita lihat sejarah sejarah England dalam kejohanan besar sebelum ini he he



Piala Dunia 1998


Owen masa tengah Teruna suci bersama Liverpool, menjaringkan antara gol paling menakjubkan pernah disaksikan dalam Piala Dunia, untuk gol kedua England pada ketika itu, menjadikan kedudukan 2-1




Tetapi akhirnya pertualang muncul memporak perandakan England, David Beckham dari pasukan Setan Merah buat aksi mengada ngada menyepak pemain Argentina Diego Simeon, maka pemain setan merah ni dapat lah kad merah


masa ni kedudukan dah pun 2-2...

Kalau Beckham ni tak kene kad merah, mungkin England boleh bermain dengan lebih baik pada baki perlawanan... Akhirnya England bungkus dengan badi tendangan penaltinya


Piala Dunia 2002

kenal player ini? Pemain terbaik Eropah 2001

Micheal Owen masih lagi player Liverpool ketika ini, menjaringkan gol pertama



Kenal dengan Player ini? Terkenal dengan hobi mengumpul kad berwarna merah


Dan inilah Pertualang yang kita terlepas pandang, ramai yang menyalahkan David Seamen atas kekalahan England, tapi bagaimana pula dengan pemain Setan Merah ini, memberi freekick pada kedudukan yang bahaya untuk England pada minit 49...

Kalau tidak kerana freekick tu kemungkinan England dah jadi juara dunia tahun tu he he...


Dan akhirnya penjaga gawang dari arsenal ni jugak yang jadi mangsa,.. kesiann



Euro 2004

sudah pun menjadi bekas player Liverpool

saat saat hebat ketika Owen menjaringkan gol pertama England

masa ni semua orang sayangkan Owen kecuali penyokong Liverpool

kenal tak dengan player ni?

ya dia adalah suami Posh 'kari' spice

juga bekas player Setan Merah!


"reti tak nak amik penalti ni?"

"Diamlah bodo!"

"nah aku tunjukan kehebatan aku!"


Akhirnya tendang ke laut!! Sangat hebat!!


Bekas player Setan Merah ini menjadi pertualang atas kekalahan England akibat penalti yang boleh diiktiraf sebagai penalti terburuk sepanjang zaman!



Nak tambahan lagi?

bolehhhh..


Piala Dunia 2006

Kenal dengan player ni... yer dia banyak belajar ngan singa untuk jadi pemain bola yang paling garang di dunia!


"Ko ni macam lembu ahh!! asik nak marah jer! nah lekas tanduklah bende merah ni!!"

"Apa!!"


"Nah amik ko!!"

"Woi ko dah tak kenal mana satu bola yang patut di tendang ker?!!"

Player Setan merah ini menjadi pertualang pada kekalahan England, kalau England bermain 11 orang mungkin England akan layak sekurang kurangnya keseparuh akhir hermm

Dan akhir sekali kenal dengan pelakon komedi ni?

ya dia lah bekas player Setan Merah Ronal ngado ngado yang telah memprovoke sehingga Rooney dilayangkan kad merah.... baru lah buku bertemu ruas!!

Argh senang cerita beginilah kesimpulanya...





BETUL BETUL SETAN MERAH!!